Pages

Sunday, August 30, 2009

Coretan malam merdeka...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah kita telah berjaya menghampiri stage II bulan ramadhan 1430H.Bersyukur kita kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan hidup untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni..

Sebenarnya saya ada banyak perkara untuk dikongsikan bersama.Tapi tak mungkin dapat ditulis dalam semua entry kali ni.Banyak perkara yang telah saya hadapi dalam permulaan sem 7 kali ni.Semoga semuanya ada 'ibrah buat diri yang masih lemah ini.

Beberapa hari yang lepas, saya ada menghubungi emak di kampung.Dia baru lepas solat tarawih.Orang kate sebagai pengubat rindu, tapi bagi saya itu memang sudah kewajipan seorang anak.Kami berborak banyak hal.Dari masalah kesihatan sampai kepada perkembangan adik-adik saya di sana.Di akhir perbualan kami beliau memberitahu saya mengenai kematian sepupu kepada ayah saya akibat stroke(angin ahmar).Arwah memang mempunyai riwayat penyakit yang kronis.Dengan penyakit kencing manis, darah tinggi.Suaminya baru sahaja meninggal tak sampai setahun yang lalu dengan masalah kanser paru.Bila teringatkan mereka, sayu rasanya hati ini..Betapa mudahnya mereka kembali kepada Sang Penciptanya.

Baru-baru ini dunia nasyid tanah air kehilangan seorang munsyid dari kumpulan Rabbani, Ust. Asri.Kehilangannya amat terasa bagi penggemar nasyid yang bercorak 'pop rock' itu.Saya juga ada meminati lagu-lagu beliau.Semoga itu menjadi pemberat kepada amal beliau di akhirat kelak.Beberapa hari yang lepas jugak salah seorang rakan saya kehilangan ayahnya akibat kanser jugak.Kanser usus.Tapi kes ayah die ni dah tenat.Dah terminal stage.Kalau dalam istilah perubatan tu hanya tindakan paliatif sahaja yang dapat dilakukan.Saya mendapat berita mengenainya selepas bermain futsal dalam pukul 11 malam.Kami sempat pergi ke rumahnya untuk membacakan surat yasin bagi arwah ayahnya.Semoga dia tabah menghadapi ujian ini.
Kita sama-sama doakan yang terbaik bagi mereka dalam menghadap Allah s.w.t nanti..Berhubung dengan perkara ini, jadi pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kanser.

Viral Oncogen

Alhamdulillah jugak kerana exam final blok elektif pun baru je habis.Untuk sem 7 ni kami diberi pilihan untuk mengambil elektif infectious atau viral oncogen.Setelah berbincang dengan beberapa orang sahabat, kami memilih untuk mengambil viral oncogen.Blok ini sangat menarik bagi saya untuk mendalami penyakit-penyakit kanser yang disebabkan oleh jangkitan virus.Antara yang menjadi topik kuliah adalah mengenai kanser hati, nasofaring dan juga kanser serviks.Kami juga diberi kuliah mengenai biologi molekular mengenai mekanisma kerja daripada sel-sel kanser ini.Sangat-sangat menarik...Baiklah, saya cuba berkongsi sedikit pengetahuan secara umum mengenai topik ini.




Mungkin kita masih ingat mengenai kitar sel sewaktu di sekolah menengah dulu.Mengenai mitosis dan juga meiosis.Mitosis ni pembelahan sel yang sama dan hasilnya akan sama dengan induknya.Bilangan mengganda.Sementara proses meiosis pula berlaku pada sel-sel gamet seperti ovum dan sperma.Hasil pembelahan sel tersebut akan menjadi dua kali ganda dan anaknya akan mewarisi separuh daripada sifat induknya.Itu pelajaran sewaktu SPM dulu.Tapi untuk sekarang kami mempelajari lebih mendalam bagaimana sebenarnya proses kitar sel (mitosis) tersebut dan akibat daripada kerosakan pada proses tersebut.Dalam proses mitosis ini terdapat beberapa fasa bermula dari fasa G1, S, G2 dan M.Dan di setiap fasa ada prosesnya yang tersendiri.Semua sel-sel tubuh akan mengalami semua proses diatas dan proses tersebut dikawal oleh gene itu sendiri.Secara umumnya sel-sel ini akan mengalami tahap perkembangan dan persediaan untuk mengganda pada fasa G1 dan akan diteruskan kepada fasa S.Di sini sel-sel yang mengalami kerosakan akan diperbaiki dan sekiranya kerosakan tersebut terlalu banyak maka sel ini akan diperintah untuk mengalami APOPTOSIS(programmed cell-death).Selanjutnya, apabila perbaikan telah dilakukan maka fasa G2 akan dimulai.Pada fasa ini sel-sel ini akan mengalami persiapan untuk pembelahan dan diteruskan dengan fasa M iaitu mitosis dan seterusnya kembali kepada fasa G1.Begitulah seterusnya dan seterusnya...(Betapa hebatnya kuasa yang mengatur semua ini)

Memang sangat kompleks dan teratur sekali proses yang terjadi di dalam tubuh kita ini.Apabila sel-sel tadi diserang oleh sebarang patogen(benda asing dari luar) seperti virus, maka akan terjadi perubahan dalam proses mitosis tadi sehinggakan ia akan memberikan dampak yang besar pada pembentukan suatu sel tersebut dan akan berubah menjadi sel-sel kanser yang membelah dengan cepat dan tidak terkawal lagi.Begitulah terjadinya kebanyakan kanser seperti kanser serviks, hati dan nasofaring ini.Dan tidak dinafikan ada lagi faktor atau penyebab lain yang dapat memicu proses ini berlaku.Perjalanan penyakit ini tidak terjadi dalam masa seminggu atau sebulan, tapi prosesnya terjadi selama bertahun-tahun.Dan yang menjadi kebimbangan adalah gejala penyakitnya hanya muncul setelah penyakitnya menjadi parah namun ada juga beberapa jenis kanser yang dapat diperiksa dari awal dan dicegah.

Namun lumrah manusia juga mungkin, kalau tidak ada apa-apa kesakitan mereka tidak akan menjalani pemeriksaan.Bila sudah sakit baru menjengah ke klinik atau hospital.Dan apabila diperiksa didapati mendapat kanser stage 2 atau 3.Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Apabila sudah perlu diubati, kita akan memikirkan mengenai biaya yang akan dikenakan dan sebagainya lagi.Mungkin ini juga salah satu perkara yang harus ditanam pada pemikiran masyarakat kita pada hari ini di mana banyak kes-kes yang terjadi akibat keterlambatan dalam menanganinya sehingga membawa kepada kematian.

Tak mungkin juga saya menulis semuanya di sini.Jadi saya akan sambung pada lain-lain waktu mengenai penyakit-penyakit di atas.

p/s: Selamat Hari Kemerdekaan buat negara-ku Malaysia kali ke-52.Berjauhan dari tanah air mengajar aku semangat cintakan tanah air.
(di puncak gunung Sinabung, membawa nama Malaysia.)

biar di caci
biar di hina
biar di keji
namun,
Malaysia
kau tetap tanah airku
tempat tumpahnya darahku
tempat perjuanganku


Saturday, August 22, 2009

Hati Lelaki





(edited by: el-ghifary)


Hati Lelaki

Hati seorang lelaki...

Kekadang perlu sekeras waja


Ada masanya mesti selembut sutera


Ah, lelaki itu...


jika jiwamu tulus kerana ALLAH


pasti lurus perananmu sebagai LELAKI

Nota Hati Seorang Lelaki
Pahrol Mohd Juoi


Wednesday, August 19, 2009

Sebuah Perkongsian...

Salam... Insyaallah satu perkongsian buat renungan bersama...



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...


pelajar: guru,
apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?


guru:
ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hargailah apa yang hadir... sekarang..
wallahua'lam..
(www.zunnur07.blogspot.com)