Pages

Monday, December 20, 2010

Mencari Keserasian


Malam ni aku menemui dua situasi, isunya sama, isi dan persepsinya berbeza.

Lepas Isya, sempat bertemu dengan seorang muslimah yang ingin berbincang soal jodoh. Hadir bersama jauzah dan anak-anakku. Banyak aspek dibicarakan, tapi semuanya berkisar soal calon yang terbaik untuknya membina rumahtangga. Banyak aspek yang dibicarakan…soal fikrah, soal tarbiah dan kemampuan si putera memimpin rumahtangga dan menentukan halatuju perjuangan rumahtangga di masa hadapan. Ini kerana wanita tersebut inginkan lelaki yang menghormati fikrah dan perjuangannya. Bahkan kalau boleh mampu memimpin dia dan anak-anak dalam menunaikan tugas membawa risalah Islam. Tidak banyak yang dibincangkan yang membabitkan soal harta dan keduniaan walaupun semua orang tahu aspek itu juga penting dalam hubungan berumahtangga.


Balik rumah, sambil berehat sekejap, aku sempat mengikuti rancangan di TV yang berkaitan dengan program memilih jodoh. Tak silap aku nama rancangan tu Perfect Match. Aku tak faham sangat keseluruhan program tersebut. Disampaikan dalam bahasa mandarin. Kalau tak silap aku rancangan tersebut dianjurkan di negara China. Aku bergantung pada subtitle untuk memahaminya. Formatnya seorang lelaki akan memilih calon isteri dari puluhan wanita yang mendaftar dan terlibat dalam rancangan tersebut. Rata-rata perbincangan, persoalan dan bentuk pilihan wanita-wanita dan lelaki tersebut berorientasikan metarial, pekerjaan, kewangan, perlancongan dan keseronokan…kalaupun ada aspek moral yang dibincangkan tapi bukanlah menjadi perbincangan pokok. Tidak mengapalah, mungkin budaya mereka memang begitu. Mereka memahami hidup ini dan alam rumahtangga sekadar untuk menyempurnakan keperluan fizikal, biological dan metarial. Lagipun sudah jadi lumrah, pasangan serasi itu apabila impian dan kemahuan mereka juga serasi. Tukang Masak pasti akan mencari dapur, periuk dan belanga dan keperluan memasak…jurubina akan mencari batu, pasir dan simen….perfect match…sekufu. Tukang masak akan masuk kedai yang menjual alat-alat memasak, jurubina akan masuk kedai hardware…dekat situ mereka akan temui pasangan impian mereka.

Sayangnya, kebanyakan pemuda pemudi Islam masa kini hampir sama cara memilih mereka seperti rancangan TV tersebut. Syarat dan kriteria lebih menitikberatkan aspek yang nampak berbanding yang tersembunyi. Metarial dan fizikal lebih utama dari aspek spritual dan mental. Mereka mungkin memahami hidup ini sekadar untuk meraih keseronokan, kelazatan dan kesenangan. Perjuangan mereka dalam rumahtangga ialah menghimpun wang dan kekayaan. Akhirnya rumahtangga yang terbina sangat rapuh. Akarnya dari awal lagi telah buruk dimakan anai-anai kejahilan. Andainya berbuah, buah-buahnya tidak mampu dimanfaatkan. Kalaupun tidak beracun dan mampu membunuh orang yang memakannya, ia menambahkan kolestrol dan menakung bakteria berbahaya. Begitulah rumahtangga yang dibina oleh kebanyakan pemuda Islam zaman moden. Anak-anak yang lahir mewarisi budaya dan cara berfikir ibubapanya. Hidup tanpa risalah yang besar dalam hidup mereka.

Bagi pemuda-pemudi yang memahami hakikat kehidupan dan kematian mereka. Memahami nilai diri dan usia yang Allah kurniakan…mereka miliki impian besar dalam hidup. Impian besar dalam berumahtangga. Bagi mereka rumahtangga medah tarbiah…medan jihad…medan dakwah. Keluarganya bakal menjadi pengerak masyarakat. Bakal berkembang menjadi mujtama’ , daulah dan khilafah. Mereka berumahtangga bukan sekadar memenuhi tuntutan fitra dan biologi semata-mata, tapi medan jihad dan pengorbanan. Rumahtangga merupakan madrasah yang mampu melahirkan anak-anak yang mampu menyambung risalah perjuangan ibubapanya. Lantaran itu mereka patrikan akad nikah mereka dengan baiah jihad dan tadhiyyah. Impian mereka sangat tinggi, setinggi firdausi. Cinta mereka sangat suci, hingga ke syurga yang kekal abadi.

Sayangnya, tidak ramai pemuda dan pemudi berfikiran begitu di masa kini. Perkahwinan mereka cuma diikat oleh cinta yang terhasil dari kekaguman fizikal dan metarial. Impian mereka juga berfokuskan fizikal dan metarial. Lantaran itu bila dunia gempa, luntur dan berguguran mahligai cinta mereka.

Kepada ikhwah dan akhawwatku yang dalam pencarian, ingatlah…kalian memegang amanah untuk memastikan yang anda perolehi itu adalah terbaik. Jangan kerana kesilapan anda, kubu perjuangan kita diserang dari sudut anda berada kerana mereka tahu kalian sangat rapuh. Banyakkan berdoa…dan teruskan mencari di lorong-lorong tarbiah, di warung-warung halaqah dan usrah…mahalkan diri anda kerana nilai usia sangat berharga untuk perjuangan yang anda fahami dan pikul.

Abu Syifa
www.saripadul.com
YDP ISMA Sabah

Friday, December 3, 2010

Post-test


Alhamdulillah...

Pejam celik-pejam celik dah hampir 12 minggu aku di Departmen Penyakit Dalam.Setelah 4 minggunya di wad RS H. Adam Malik, 2 minggu di RS Pirngadi, 1 minggu di RS Putri Hijau, 2 minggu di RS Tembakau Deli, 1 minggu di RS Haji Mina.Dan terakhir di Poliklinik Penyakit Dalam RS H.Adam Malik selama 2 minggu.Sebuah perjalanan yang panjang di antara semua siklus bawah.Menuju second half sebagai clinical student.

Minggu depan dah masuk minggu exam.Entah siapa penguji, kes ape yang akan dibawa nanti.Semuanya aku kembalikan kepada pemiliki taqdir ini.Semoga aku diberikan yang terbaik buat mengharungi perjalanan ini.

Teringat akan kata-kata yang sempat aku baca dalam sebuah blog;

"taqdir yang turun dari Langit akan bertembung dengan doa yang naik dari Bumi. Keduanya akan bertemu di tengah-tengah dan berlawanan antara keduanya, yang manakah lebih kuat. Jika doa yang lebih kuat, ketentuan ajal pun boleh tertunda" -TG Nik Aziz..

Semoga dengan D.U.I.T. mampu berhasil
D-Doa
U-Usaha
I-Istiqamah
T-Tawakal

Kadang-kadang aku jadi hairan juga dengan sebahagian manusia ni.Bila time nak exam, semuanya jadi tak kena.Gelabah tak tentu pasal.Takut sekali dengan exam tu.Ibarat perjuangan hidup dan mati.Entahlah...

Aku cukup terinspirasi dengan janji yang telah Allah nukilkan dalam ayatnya

"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

Proses tawakal tu bukan sekadar berserah diri je, namun setelah didahulukan dengan usaha yang optimal.

Yakin dengan kemampuan diri sendiri dan tidak bergantung harap kepada orang lain.Terserah siapa pun pengujinya, hadapi je.Kadang sampai bergaduh kerana masalah pembagian penguji, pesakit dan sebagainya.Semuanya berfikir untuk selamatkan diri masing-masing..

Tapi itulah ragamnya ketikamana akan berhadapan dengan exam.Ironisnya, sangat berbeza ketikamana kita sudah PASTI akan melalui ujian ketika berhadapan dengan Mungkar dan Nakir nanti.Ada yang membawa bekal secukupnya je, ada yang tidak siap untuk disoal, ada yang meminta supaya dihidupkan kembali ke dunia supaya sempat melakukan kebaikan lagi.Namun yang pasti semuanya akan menghadapinya.

Gagal masa post-test insyaAllah masih ada peluang untuk remedial.Namun kalau gagal menjawab pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir, apakah kebarangkaliannya ye??

Tepuk dada, tanya-tanyalah Iman...


"Towards Building Professional Mukmin"
Persiapan untuk post-test
DM, Cirrhosis, Hypertension, Dyspepsia, Pneumonia, Chronic Kidney Disease, TBC, Nephrotic Syndrome, etc...
Exam mungkin hari Isnin nanti
Semoga Allah berikan yang terbaik buatku menurut-Nya.