Pages

Saturday, October 25, 2008

Doktor yang meminati agama atau ustaz yang belajar perubatan

Salam.Maaf kerana isi artikel ni x sama dengan tajuk di atas.Tapi kte boleh ambil iktibar darinya...
Engr Faridul Farhan Abd Wahab “engineer yang meminati agama atau ustaz yang belajar engineering?”

Ada yang menarik tatkala ALLAH bercerita tentang nabi-Nya Sulaiman -alaihis salam- serta mad’unya (sasaran dakwahnya) yang bertaraf “pembesar” -sapa lagi jika bukan Ratu Saba’ yang dijoloki sebagai Balqis.

Ketika al-Quran menceritakan tentang kisah dipindahnya istana sang Balqis, ramai yang justeru menjadi keliru, seperti kelirunya lagu “Balqis” dendangan UNIC bahawa konon Jin Ifritlah -dengan segala macam kekuatannya- yang bertanggungjwab memindahkan istananya Si Balqis.

“Ifrit dari golongan Jin berkata, “akulah yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu; dan sungguh, aku kuat melakukannya dan dapat dipercaya.” (Surah an-Naml [27]:39)

Tapi, kisah itu ternyata tidak terhenti setakat itu sahaja. Dalam surah yang sama, ALLAH lanjutkan dialog yang terjadi di antara Nabi ALLAH Sulaiman A.S dengan bala tenteranya, hingga pantas individu yang lebih hebat berbanding si Ifrit, membenarkan kedudukan manusia sebagai ahsanu taqwim sebaik-baik kejadian.

“Seorang yang mempunyai ilmu dari KItab berkata; “aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala dia (SUlaiman) melihat singgahsana itu terletak di hadapannya….” (Surah an-Naml [27]:40)

Ikhwatil kiram, perhatikan kejadian ini. Kalau andainya insan yang ingin ditekankan dalam kisah ini, yang mempunyai suatu keluar biasaan yang bahkan mengatasi Jin yang paling gagah sekali, hanyalah aspek keimanannya semata-mata, tentu ALLAH akan sebut “seorang yang beriman” atau “seorang yang bertaqwa” dan seangkatan dengannya. Tetapi justeru tidak! Yang ALLAH sebut ialah, “seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab”, kerana dengan itu, ALLAH ingin mengangkat martabat ilmu di mata kita semua, sambil tidak menafikan “sunnatullah” biar kisah al-Quran sering berbicara tentang “syariatullah”.

Ertinya, ketinggian ilmu dan teknologi orang terdahulu, di zaman Nabi Sulaiman lagi, telah mencapai ke tahap “mass transfer”, suatu yang oleh orang Barat, hanya bisa dicapai di zaman akan datang seperti yang mereka terjemahkan di dalam filem Star Trek, dan sebagainya.

Nah, bukankah teknologi dan design pembinaan piramid orang terdahulu, masih kekal misteri kepada kita semua? Nah, bukankah para ulama’ dan ilmuwan Islam, telah terbiasa menjadi “muslim profesional” atau “protaz” yang menguasai kedua-dua “syariatuLLAH” serta “SunnatuLLAH” dalam satu masa sekali?

Itulah Muslim yang benar dalam keimanannya. Hingga, ia bisa menjadi muslim yang serba boleh. Suatu hal yang sangat mengajaibkan andai terjadi di masa kini. Hingga wajar saja, orang seperti Dr. Jamnul Azhar -pendakwah bebas yang terkenal- begitu dikagumi oleh anak muda berpendidikan tinggi dewasa ini. Sayang, andai saja kita sedar betapa Muslim itu -bak kata Nabi- adalah individu-individu yang “ajaban” “ajaib”, tentu memiliki banyak PhD pelbagai bidang, bukan suatu yang pelik, apalagi mustahil untuk diraih.

Saya menulis artikel ini, sebenarnya sebagai penjelasan tentang artikel berkenaan raya yang saya siarkan dalam blog saya ini. Telah saya nyatakan, bahawa itu justeru bukan tulisan saya, tapi tulisan ayahanda saya, Prof. Madya Dr. Abdul Wahab Arbain. Biarpun beliau sebenarnya seorang ustaz yang telah berpencen, tapi selain PhD dalam bidang agama, beliau juga memiliki PhD di dalam bidang homeopathy, suatu bidang yang ternyata jauh berlawanan dengan PhDnya yang satu lagi. Beliau turut memiliki pelbagai kelulusan, sijil dalam diploma dalam bidang yang tidak menyangkut paut dengan kerjayanya sebagai seorang ustaz, iaitu acupunture, herb dan sebagainya. Tapi kini, beliau antara pengasas tanaman anggur di Malaysia, selain sedang mengasaskan kajian pokok kiwi sebagai projek terbarunya dewasa ini.

Alhamdulillah, saya tidak hairan bin ajaib, tatkala seseorang mampu mempunyai kelulusan -atau yang lebih pentingnya “kemahiran”- dalam pelbagai bidang, kerna sudah dibesarkan dalam suasana yang sedemikian. Maka marilah kita usahakan, membina masyarakat muslim yang serba boleh.

Kepada mereka yang menyebarkan artikel dari blog saya, JazakaLLAH khairan saya ucapkan. Moga bermanfaat, dan menambah amal untuk hari Akhirat.

Rujukan:

1.www.faridul.wordpress.com

0 comments: