Pages

Friday, May 28, 2010

HUKUM DOKTOR LELAKI MENANGANI PERSALINAN

Assalamualaikum ustaz..

Keluarga isteri saya, ada yang akan melahirkan minggu ini,menurut doktor kemungkinan harus dilakukan pembedahan kerana keadaannya lemah

Pertanyaannya :

1. Bagaimana hukumnya jika diantara tenaga kesihatannya ada doktor lelaki yang ikut serta dalam proses pembedahannya?

Jawapan:

Pada dasarnya seorang wanita muslimah diharamkan menampakkan auratnya kepada lelaki asing sebagaimana dikatakan jumhur ulama bahwa seluruh tubuh wanita adalah aurat terhadap seorang lelaki asing kecuali wajah dan telapak tangan, sebagaimana firman Allah swt :

Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur : 31)

Sedangkan aurat seorang wanita muslimah terhadap wanita muslimah lainnya adalah seperti halnya aurat seorang lelaki muslim dengan lelaki muslim lainnya, yaitu di antara pusat dan kedua lutut, sebagaimana dikatakan oleh para fuqaha.

Jadi pada dasarnya seorang wanita muslimah yang hendak melahirkan tidak dibolehkan pembedahan persalinannya ditangani oleh selain doktor wanita atau bidan yang muslimah. Jika dokter wanita atau bidan muslimah tidak ada maka boleh ditangani oleh seorang doktor wanita atau bidan non muslimah. Namun jika memang mereka semua tidak ada atau ada akan tetapi tidak dapat melakukan pembedahan persalinan tersebut atau dikhuatiri akan terjadi kemudaratan terhadap wanita yang hendak melahirkan itu disebabkan ketidakmampuannya maka diperbolehkan baginya untuk dibedah oleh seorang dokter lelaki muslim yang jujur dan dapat dipercaya dan jika memang doktor lelaki muslim tidak ada baru kemudian doktor lelaki non muslim, demikianlah urutan-urutannya.

Tidak diperbolehkan berkhalwat (berdua-duaan) antara wanita tersebut dengan dokter lelaki yang ingin menangani persalinannya itu kecuali dengan kehadiran suaminya atau wanita lainnya.

sumber: www.eramuslim.com

Sunday, May 9, 2010

Sebuah Komunikasi

'Duhai Pemilik hati, wahai Pembolak balik jiwa, teguhkanlah hati dan jiwa kami untuk senantiasa berpegang teguh pada agama-Mu dan ketaatan di jalan-Mu'...

Sesungguhnya perjalanan ini terasa amat berat jika kita memang berfikir sedemikian.Teringat aku sebuah lirik nasyid Maidani,"Allah bergantung pada, prasangka hambanya".Jika itu yang difikirkan, maka itu yang akan dirasakan.Kerana kita akan sentiasa diuji oleh-Nya sebagai penyaring keimanan kita kepada-Nya.Alhamdulillah kuucapkan di atas nikmat keimanan dan keislaman yang dikurniakanNya sehingga tetap istiqamah memperjuangkan kebenaran walaupun hakikatnya pahit perjalanan.

Seminggu yang lalu berakhir sudah posting aku di departmen Paru.Sebulan di sana banyak memberikan sebuah hikmah kehidupan di dalam hidup ini.Manakan tidak, di sana pesakit yang datang mempunyai beberapa kesimpulan.Sembuh dan dapat pulang.Sembuh, namun pulang kepada Tuhannya.Kerana kematian itu juga adalah sebuah penyembuhan daripada kematian.Kalau dalam istilah medik di sini ada P.A.P.S(pulang atas permintaan sendiri) dan P.A.P.I(pulang atas permintaan Ilahi).

Sebulan di ruangan tersebut juga banyak memberikan pengalaman baru bagiku mengenai betapa pentingnya sebuah komunikasi.Komunikasi antara doktor dan pesakit, antara rakan sejawat, dan petugas medis lainnya.Kerana apabila gagalnya sebuah komunikasi, maka gagalkan pemindahan infirmasi dan boleh berakibat buruk nantinya.Pengalaman peribadi sewaktu di wad tersebut juga mengajar aku untuk sentiasa memperbaiki cara berkomunikasi.Maka tidak rugi jika kita sering-sering membaca buku mengenai personaliti, motivasi dll.Di samping menambah ilmu, juga dapat dijadikan modal untuk memulakan komunikasi.Pernah suatu ketika semasa di wad, aku diminta untuk menganamnesa(history taking) seorang pesakit.Di depan aku sebelumnya, di pernah memarahi seorang doktor PPDS.Gara-gara kecuaian doktor itu juga.Memang kecut juga awalnya.Dengan badannya penuh dengan tatoo.Dan dia didiagnosa dengan batuk berdarah disebabkan oleh TB Paru.Ditambah lagi dia akan aku jadikan sebagai kes untuk post-test.Bingung juga otak ini memikirkan bagaimana untuk berbicara dengannya.Sepetang aku memikirkan pemecahan masalah ini.Hampir diri ini berputus asa dan menukar dengan kes yang lain.Namun aku cuba untuk kembali berfikir secara positif dan berserah kepada Allah.Kerana daripadanya semua masalah itu diberikan.Maka seharusnya solusinya pun kita minta daripada-Nya juga.Berusaha dahulu kemudian bertawakallah.

Alhamdulillah, malamnya itu aku cuba untuk mendekatinya pesakit ini.Mulakan dengan 3S(salam, sapa dan senyum).Walaupun hati masih bergetar, aku cuba untuk memulai perbualan.Awalnya memang dingin respon darinya.Tiba-tiba dia bertanya mengenai bola sepak.Champion League.Keputusan perlawanan malam tadi antara Bayern Munich vs Lyon.Sejujurnya aku sudah tidak meng'update' perihal bola ini, sejak posting awal tahun ini.Namun aku cuba melayan perbicaraannya.Kami bercerita mengenai pasukan yang disokong masing-masing.Hampir 15 minit ber'diskusi'.Hari dah menjelang malam.Dan aku perlu menyiapkan hasil laporan anamnesis, pemeriksaan fizik dan beberapa hal lainnya.Pak L(bukan nama sebenar) masih ingin berbual.Terpaksa aku menghentikan perbualan dan menjelaskan kepadanya hal yang sebenar yang ingin aku lakukan.Dan ternyata responnya baik.Dia bersedia untuk memberikan kerjasama.Bersyukur sekali.Tidak sia-sia aku melayan kerenahnya sampai malam.

Keesokannya hari, respon dari Pak L ini semakin baik.Diajaknya berbual-bual.Sambil aku cuba menggali beberapa maklumat penting perihal penyakitnya.Dan alhamdulillah berjaya aku menyiapkan laporan kes untuk post test itu.Keesokan harinya aku mendapat tahu bahawa pesakit itu sudah boleh pulang kerana keadaan batuk berdarahnya mulai membaik.

Begitulah betapa pentingnya sebuah komunikasi@interaksi.Ada lagi beberapa pengalaman yang menarik.Ini mengenai seorang nenek tua dengan diagnosa TB Paru dengan masalah sesak nafas.Dimasukkan ke hospital sudah hampir seminggu.Dan selama seminggu itu, aku diminta untuk memantau keadaan kesihatannya, pemeriksaan vital sign setiap pagi, dan melakukan tindakan medis yang ringan terhadapnya.Sebelum melakukan apa-apa tindakan, aku mulai dengan menyapa, bertanya akan keadaannya hari itu serta berbicara mengenai keluarganya.Masuk ke minggu kedua, aku diganti oleh junior minggu satu.Beberapa hari setelah itu, dia mengeluh kepada doktor PPDS yang in-charge-nya.Dia mahukan doktor muda yang minggu lalu.Doktor PPDS itu sambil ketawa menjelaskan keluhan nenek tua itu.Aku cuba mengamati permasalahan yang terjadi.Rupa-rupanya junior itu kurang memperhatikan nenek tua itu.Dia datang dekat pesakit itu.Memeriksanya.Kemudian setelah selesai tugasnya, berlalu dia.Aku baru memahami masalahnya di mana.Setelah itu aku cuba mendatangi kembali nenek itu walaupun sudah tidak sekerap yang dulu.Kerana kami diberi tugasan yang berlainan setiap peralihan satu minggu.Aku datang sambil berbicara dengannya, walaupun tidak memeriksanya.Beberapa hari setelah itu, nenek itu dibenarkan pulang.Alhamdulillah..

Walaupun diri ini masih banyak kekurangan, namun aku cuba untuk memperbaikinya setiap masa.Masalah komunikasi ini sering dianggap remeh oleh bakal calon-calon doktor.Kami memang diajari bagaimana untuk menggali maklumat sebanyaknya daripada pesakit-pesakit ini.Dari hasil penelitian medik, komunikasi yang baik dapat menegakkan 80% daripada setiap penyakit itu, seterusnya 20% lagi melalui pemeriksaan fizik, laboratorium dan penunjang.Namun jika menurut pandangan peribadi, alangkah bagusnya jika calon doktor ini menguasai cara berkomunikasi yang tidak hanya untuk mencari penyebab penyakit dan mengubatinya.Namun juga dapat menguasai cara untuk menguasai hati para pesakitnya.Tidak hanya mengubati penyakit fizikal, namun juga mampu mengubati penyakit spiritualnya.Tidak hanya mampu berbicara masalah-masalah seputar isu perubatan, namun juga luas wawasan dan pengetahuan serta pandai mengambil hati pesakitnya maupun orang yang sihat lainnya.

Mungkin setakat ini dulu perkongsian atas pengalaman yang tidak seberapa ini.Kesibukan masih lagi melanda.Semoga Allah menguatkan lagi langkahan iman, amal dan keikhlasan berbuat kebaikan ini adalah kerana-Nya.
"Menulis bukan untuk memberitahu, namun untuk mencari tahu juga"