Pages

Saturday, October 31, 2009

Segalanya Padamu



Alhamdulillah, kami telah memasuki ‘blok’ yang terakhir dalam proses pendidikan teori sebagai mahasiswa perubatan.Blok Family Medicine.InsyaAllah sebentar lagi kami akan memasuki area pendidikan profesi iaitu clinical years.Kuliah dimulakan dengan penayangan filem yang bertajuk ‘Lorenzos’Oil’.Walaupun tayangan filem itu cuma mengambil waktu yang tidak lama, tapi maksud yang ingin disampaikan dalam filem telah dijelaskan oleh lecturer pada masa tersebut.Setelah itu kami melanjutkan kuliah.

Sewaktu dalam kuliah saya bertemu dengan seorang sahabat, Bro X bukan dari kelas saya.Mungkin tidak sempat datang sewaktu kuliah pagi. Dia pada waktu itu sedang membaca buku bertajuk “Falsafah Hidup” oleh HAMKA.Kami sedikit bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa perkara.Kebetulan pada waktu itu ada seorang rakan lain yang berminat untuk berdiskusi.Dan dia seorang non-muslim.Dia menyatakan bahawa kalau di dalam agama mereka tidak digalakkan membaca buku-buku mengenai falsafah.Takut nantinya akan terpesong dengan pemikiran penulis buku tersebut.Kami(saya dan Bro X) cuma saling berpandangan dan tersenyum.Rakan non-muslim ini juga banyak berdiskusi dengan saya mengenai agama kami masing-masing.Saya menghormatinya di atas minatnya untuk bersoal-jawab.Pernah suatu ketika, sewaktu kuliah elektif kami didatangi oleh wakil polis dari SUMUT untuk menjelaskan mengenai isu ‘Terrorisme dan Jaringannya di Indonesia’.Dan Alhamdulillah kami diberi rehat oleh lecturer atas permintaan daripada wakil polis tersebut untuk solat Zuhur.Masih ada lagi polis yang menjaga ketepatan waktu solatnya!Setelah waktu senggang itu, dia berpaling kearah saya dan tiba-tiba mengajukan pertanyaan,”Apa itu Jihad?”…Tergamam dan kelu lidah!!!Tapi otak tetap berfikir bagaimana caranya untuk menjelaskan kepadanya.Sedangkan orang Islam sendiri ada banyak versi pemahaman mereka mengenai perkara tersebut, inikan saya ingin menerangkan kepada non-muslim.Setelah dari itu saya cuba mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini daripada berbagai sumber.Seandainya kita tiada pengetahuan mengenai masalah itu pasti amat sukar untuk menjelaskan kepada rakan-rakan muslim yang lain maupun non-muslim.Kadang-kadang kita menganggap perkara tersebut sebagai perkara yang ringan.Tetapi percayalah seandainya penjelasan kita yang benar mengenai isu ‘sensitif’ ini kepada rakan-rakan lain terutama non-muslim, secara tidak langsung kita dapat mengembalikan maruah umat Islam yang sedikit tercalar akibat sebuah ‘konspirasi’ yang besar ini(isu terorisme). Mengenai jawapan saya kepada rakan non-muslim itu kalau ada kesempatan saya akan menulisnya.

Berbalik kepada perbincangan saya dan Si Bro X tadinya, seusai kuliah dia bertanya kepada saya,”Ghad, apa yang awak tahu mengenai kerendahan hati?”Diam.Kemudian saya bertanya balik kepadanya,”Kalau menurut abang apa yang abang faham mengenainya?”.Soalan dibalas dengan persoalan.Kemudian dia menerangkan maksud kerendahan hati.Dijelaskannya ada dua aspek dalam kerendahan hati ini iaitu ‘izzah dan syaja’ah.Berbeza antara kerendahan hati dengan rendah diri.Bersunguh-sungguh dia menjelaskan kepada saya.Alhamdulillah kerana pada hari itu saya telah mendapat sedikit ilmu baru mengenai falsafah hidup.Thank you, Bro! Cuma pada waktu itu fikiran saya agak melayang mengenai matapelajaran kuliah mengenai ciri-ciri doktor keluarga.Saya memikirkan betapa sulitnya untuk menjadi seorang doktor yang benar-benar mengabdi pada profesinya.Mengenai KEWAJIBAN dan KEPERLUAN.Di mana perlu kita letakkan kewajiban dan bila pula kita akan mengutamakan sebuah KEPERLUAN.Entahlah….


(Mengharungi kehidupan ini bukan dengan ilmu dan akal semata-mati tapi memerlukan hati nurani dalam sebuah tindakan)

-Zaman muda-muda dulu-

0 comments: