Pages

Thursday, July 22, 2010

Hmmmm....

Sebelum kami semua memasuki zaman clinical ini, banyak kisah-kisah yang sangat manis bercucuran dari mulut-mulut abang koass.Ada menceritakan kisah-kisah lucu mereka, tidak lupa juga pengalaman menarik sepanjang perjalanan koass sekitar setahun enam bulan itu.

Namun, setelah saya memasuki zaman 'keemasan' ini baru diketahui segala kenangan manis alam koass ini.Seperti biasa sebelumnya semua dalam keadaan yang tidak sabar-sabar.Kalau dalam bahasa psikiatri mood yang meluap-luap(expansive mood).Boleh jadi sampai ke ecstasy mood.Hehe..

Akan tetapi apabila sudah berada di alam koass ni fikiran lain yang muncul pula.Seringkali pertanyaan muncul di alam fikiran bawah sedar, "Bila la nak tamat koass ni?".Memang tu adalah lumrah manusia.

Baru-baru ni saya baru sahaja melepasi bahagian pediatrik.Berbagai rumors mengenai bahagian tu.Hari pertama masuk ada senor minggu menyambut kami dengan ucapan, 'Welcome to the jungle'.Pertamanya kami sudah tahu mengenai kisah-kisah yang menakutkan dengan bahagian pediatrik ni.Berbekal semangat juang anak muda kami mencipta sebuah slogan iaitu, "Mainkan saja la".Tidak perlu takut-takut.Kerana takut itu akan melunturkan semangat ingin belajar kami.Akhirnya setelah berhempas pulas 8 minggu, aku melangkah menghadapi post test dengan yakin...

"Dik, penguji kamu berat ni, maka belajar biar betul-betul ya!!".Itu ungkapan yang saya dapat sewaktu kami diberitahu siapa supervisor penguji kami.Dan memang betul-betul berat sewaktu ujiannya.Sebelum itu, saya sememangnya sudah pasrah dengan siapapun penguji.Alhamdulillah, post test dilalui dengan biasa.Walaupun hasilnya saya belum tahu biasa atau luar biasa.Yang penting kita melaluinya dengan yakin setelah belajar.Kerana Allah tidak melihat kepada hasilnya, namun Dia melihat akan usaha-usaha yang kita berikan...
InsyaAllah, lulus koq!!

Dan hal-hal yang 'menarik' ini akan terus berlanjut sehinggalah akhir tahun 2011 nanti.Nantikanlah kisah-kisah kami seterusnya.

Di sebalik itu, saya tetiba teringat akan kisah perang Badar.Kisah di mana ketika umat Islam yang dipimpin oleh rasulullah seramai 313 orang menghadapi tentera musyrikin sekitar 1000 orang.Perang ini terjadi tanpa dirancang-rancang.Sebelum perang terjadi, rasulullah melantunkan sebuah doa yang amat syahdu...

“Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan kepadaku.Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi
disembah di muka bumi ini."
(HR Muslim)



3 comments:

Anonymous said...

tmpg tanya...apa mksd ayat hadis"tentulah engkau tidak akn dsembah lagi dmuka bumi ini"

Ghaddafi el-Ghifary said...

@emma: kalau maksud ayat tu mungkin aku kurang tahu juga.tp, secara keseluruhannya tu merupakan munajat rasulullah sebagai penguat hati tentera muslimin untuk menghadapi peperangan yang pertama dalam sejarah Islam.seramai 313 tentera muslimin tu adalah generasi pertama tarbiyah rasulullah.jika mereka semua terbunuh maka proses penyebaran Islam akan mengambil masa lagi la.Tapi, semua tu adalah dalam kuasa Allah.ni mungkin merupakan ujian yang diberikan untuk menguji tahap keimanan para sahabat rasulullah.Maaf jika tidak menjawab persoalan..

Anonymous said...

oww ye..ak dpt tgkp ap mksd nya
sbb 313 org ni gnerasi ptama yg sebar dkwah,kalau mrk semua tbunuh,mgkn Islam x tsebar spt skrg...ayt ni sbg pguat hati..yer betol2
kalo baca ayat nih skali mst slh paham..bila renung betol2 br tao ap mksdnya..ok2 thankz2