Pages

Sunday, March 13, 2011

Izikan Aku Menangis

"Apabila hati menjadi keras, maka keringlah air mata"

Begitulah ungkapan yang diungkapkan oleh salah seorang ulamak besar kita iaitu Ibnu Qayyin Al-Jauziyah.Diungkapkan ulang saat pengisian oleh seorang ikhwah semalam.Kata-katanya mengetuk hati sanubari ini.Betapa sudah begitu kerasnya hati ini sehinggakan untuk meneteskan air mata begitu sulit sekali.Apatah lagi untuk hal-hal lain.

Di sini ada sebuah artikel mengenai erti sebuah tangisan.Diambil dari blog seorang muslim yang sangat indah tulisannya.Begitu berseni.Mampu menggerakkan jiwa-jiwa yang membacanya.

Izinkan Aku Menangis

(www.muharrikdaie.wordpress.com)

Kita selalu menanggis. Melepaskan perasaan. Tenang selepas dikeluarkan. Ada yang menanggis kerana duka dan tidak kurang yang mendapat gembira. Tangisan adalah sukma.Menanggis adalah ruang untuk kita berdialog dengan diri. Mengembalikan keyakinan. Melepaskan perasaan dan mengembalikan energi yang telah hilang. Itulah seninya sebuah tangisan. Mencuit jiwa jiwa yang ketandusan. Hati yang kepupusan. Ruh yang kegersangan. Jasad yang kehilangan.

Tangisan adalah teman seorang insan. Permata yang bertaburan. Terkadang mahal terkadang jadi murahan. Tangisan adalah dunia sang pencinta. Dunia bagi kegagalan. Dunia bagi penebus dosa. Dunia bagi kemiskinan. Dunia bagi kekecewaan. Itulah tangisan sifatnya membantu kesedihan.

Tanggisan adalah perjuangan. Melihat ummah hilang pedoman. Melihat Islam dipinggirkan. Melihat manusia mentauhidkan kebendaan. Melihat ikhwah mengejar kesenangan. Melihat akhawat mendewakan perhiasan. Melihat Dakwah ditinggalkan. Disepikan. Disekularkan. Diliberalkan. Disama ratakan dan dicubit sedikit melepaskan kempunan.

Tangisan juga pembaziran. Ditinggalkan kekasih yang tiada kesetiaan. Dipisahkan tunang yang curang. Diceraikan suami yang petualang.

Itulah tangisan yang mengikut rentak kehidupan. Selagi bernafas selagi itu tangisan menanti keguguran.

Namun tanggisan tidak berhenti. Ia kan terus menanggis selepas kematian. Walau pun jasad berkalang tanah. Tulang tulang menjadi habuan. Tanggisan terus meratap dengan kesyahduan. Merayu merintih selama lamanya tanpa batasan dan tanpa pengakhiran ….

Akan didatangkan pada hari kiamat orang yang paling mewah hidupnya didunia, sedang dia adalah penghuni neraka lalu Allah masukkan sedikit jarinya keneraka. Allah bertanya ” pernahkah kamu rasa kemewahan masa dunia dulu?” Tidak pernah ya Allah jawabnya.Kerana azabnya neraka yang dirasakannya walau satu celupan jari hingga lupa ia akan kemewahan nya dahulu.

Didatangkan pula seorang yang amat sengsaranya dan miskinnya didunia, lantas Allah celupkan sedikit jarinya kesyurga. Allah bertanya ” Pernahkah kamu sengsara dan miskin didunia dahulu?” Tidak pernah ya Allah. Kerana nikmatnya syurga sehingga terlupa ia kan kesengsaraannya di dunia dahulu.

Izinkan aku menanggis. sekali pun tanggisan ini bercampur baur …

Berilah aku kekuatan untuk menanggis sebelum aku menanggis yang tiada hentinya disana sehingga pipi ku menjadi sungei sehingga boleh direnangi ..

Wahai manusia, menanggislah! Jika tidak dapat menanggis, paksakan dirimu untuk menanggis. Kerana sesungguhnya ahli Neraka itu akan terus menaggis hingga airmatanya mengalir dipipi masing2, seperti air yang mengalir disungai. Sampai airmata itu habis dan matanya pun pecah pecah. Seandainya ada perahu yang diletakkan disitu, nescaya belayarlah ia!

~HR Ibnu Majah

Izinkan aku menanggis ….dengan sebenar benar tanggisan.

0 comments: