Pages

Friday, December 19, 2008

Beginikah Etika Seorang Doktor (Part 2)

"Itu saya faham, doktor. Kerja doktor memang
susah. Isteri saya pun doktor juga. Saya tahu
kesusahan dia. Tapi...". Belum pun sempat saya
menghabiskan ayat itu, doktor tadi menyambung
lagi
herdikannya kepada saya.



"Hah, baguslah kalau begitu. Tahu pun. Habis tu
kenapa awak tak boleh duduk diam di luar tu. Kerja
doktor ni bukannya kerja bank, faham???",
tegasnya
dengan bahasa dan muka yang angkuh.



Saya sudah hilang sabar.



"Hey, you listen to me. Yes, me and my mom are
not
doctors, neither nurses and not even medical
students. But that does not make me and my mom
stupid like some kind of a kampung stuff. Awak tu
doktor, berurusan dengan manusia. Bukannya
pegawai
bank. Kalau kerja bank tak apa. Awak nak biadap
ke, nak kurang ajar ke, urusan awak adalah dengan
mesin duit dan kertas. Tapi awak doktor. Awak
berurusan dengan manusia. Emak saya tu
manusia,
bukannya tunggul..."



"Saya cuma nak tahu, apa yang berlaku? Emak
saya
sudah lebih 4 jam menunggu di luar sana. At least
hantarlah seorang nurse untuk beritahu kami kalau
awak ada emergency. Kami bukannya bangang
sangat
sampai tak boleh faham explaination nurse awak!",
muka saya sudah merah padam.



Doktor tersebut seperti agak terkejut. Mungkin
jarang-jarang sekali dia diherdik. Maklum sahaja,
sudah jadi doktor pakar. Tahu serba serbi. Hingga
rasa orang lain semua di bawah hidungnya.



Saya berasa sedikit menyesal kerana itu bukan
sikap biasa saya. Tetapi apabila doktor tersebut
menghina saya begitu sekali, saya kira
mempertahankan maruah diri adalah bukan
perkara kecil.



10 minit selepas itu, emak dibawa masuk ke bilik
rawatan. Selepas lebih 4 jam menunggu, prosedur
yang dinanti-nanti memakan masa 10 minit sahaja
dan emak keluar dengan wajah yang terpinga-
pinga.



"Kenapa emak?", saya bertanya.



"Entahlah, doktor tu kata dia nak tukar kerja di
bank pula selepas ni", jawab emak.



Saya hanya tersenyum sendirian. Kelucuan
statement
doktor itu kepada emak saya masih belum dapat
meredakan kemarahan saya terhadap peristiwa
hari tu.



Banyak lagi peristiwa yang berlaku selama 6
minggu
emak berada di hospital tersebut. Saya berpesan
kepada isteri saya, "kalau sayang tidak boleh
menjadi doktor yang pakar dalam klinikal, saya
tidak bersedih, tetapi peliharalah budi bahasa
semasa berurusan dengan pesakit ketika di
hospital
nanti. Kerja ini ibadah."



Saya cuba membayangkan, seandainya isteri saya
bukan doktor, seandainya kawan-kawan saya
bukan
doktor, bagaimanakah nasib emak saya?
Bagaimana
nasib ribuan malah jutaan anggota masyarakat
yang
tidak mengenali sebarang doktor dalam hidup
mereka?



Syukur, Jumaat baru-baru ini saya berpeluang
untuk
menyampaikan kuliah motivasi kepada kakitangan
wad
kecemasan di Hospital UKM termasuklah isteri
saya.
Peluang ini akan saya gunakan untuk berkongsi
pandangan tentang permasalahan yang
membelenggu
kita semua iaitu MASALAH SIKAP!



PENGAJARAN



Semasa kuliah motivasi tersebut, saya diajukan
dengan satu soalan yang menarik.



Mengapakah masyarakat Barat yang rata-rata tidak
bertuhan, mempunyai etika kerja yang baik?
Mereka
berhemah dengan pesakit, mereka bersikap
profesional di dalam kerjaya. Sedangkan kita di
Malaysia tidak begitu. Walhal kita beragama Islam.
Maka jika begitu keadaannya, mengapa perlu untuk
kita kembali kepada Islam untuk meningkatkan
prestasi kerja?



Soalan ini penting untuk dijawab secara jujur oleh
kita semua. Untuk cemerlang di dalam pekerjaan,
sesiapa sahaja yang mengkaji akan bersetuju
bahawa
kuncinya ialah pada SIKAP. Kita mesti membina
PR,
skill interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan
lain-lain etika kerja yang positif. Masyarakat
Barat telah menyedari akan hal ini lantas mereka
memupuknya secara terpeinci. Jika di Amerika
Syarikat, pendekatan 7 Habits oleh Covey, diajar
di peringkat sekolah. Mereka diajar supaya
profesional dalam pekerjaan. Akhirnya mereka
boleh
menjadi seorang doktor yang cemerlang di hospital,
tetapi bukanlah suami atau isteri yang baik di
rumah. Dia boleh mengendalikan sebuah syarikat
yang mempunyai 500 pekerja tetapi gagal
menguruskan seorang isteri dan dua anak di
rumah.
Seorang pramugari boleh memberikan senyuman
yang
paling manis kepada penumpang sebuah kapal
terbang, tetapi mungkin masam mencuka setiap
kali
pulang kepada keluarga. Maka akhirnya, jika
dinilai pada kualiti kerja, mereka berjaya
walaupun tanpa AGAMA.



Akan tetapi bagaimana dengan kita umat Islam?
Kita
mengambil agama hanya sebagai ritual dan
bersangkutan dengan hukum hakam semata-mata.
Kita
tidak lihat agama sebagai pembentuk sikap.
Seumpama seorang yang belajar hadith, sibuk
menghabiskan masa menentukan kesahihan hadith
tetapi tidak memikirkan bagaimana caranya isi
hadith tersebut patut diamalkan. Kita belajar
tentang Solat dari segi syarat sah, wajib dan
sunatnya, tetapi kita tidak peduli tentang
bagaimana Solat boleh membentuk sikap positif
dalam kehidupan. Apabila bercakap tentang
akhlak,
kita fokus kepada faedah ikhlas, sabar dan tawakal
tetapi kita tidak perhaluskan teknik menanam
keikhlasan, kesabaran dan tawakal itu. Agama kita
menjadi pengetahuan semata-mata, pengetahuan
yang
memberiTAHU. Bagaimana dengan soal MAHU?
Apatah
lagi MAMPU? Maka akhirnya, kita mahir tentang
hukum hakam tetapi akhlak kita buruk. Apabila
saya
sebut akhlak buruk, saya tidak merujuk kepada
perbuatan mengumpat, mengkhianati majikan, curi
tulang atau gangguan seksual di tempat kerja
semata-mata. Malah akhlak yang buruk itu ialah
pada kegagalan interpersonal skill kita, kecelaan
budi bahasa, perbuatan memandang rendah orang
lain, buat kerja sambil lewa dan sebagainya.



Akhirnya kita celik HUKUM tetapi buta SIKAP.



Masyarakat Barat tak peduli hukum. Walaupun
mereka
boleh cemerlang di dalam kerja, tetapi kehidupan
mereka binasa oleh arak dan zina. Kecerdikan
mereka hilang dan berubah menjadi binatang
apabila
alkohol dijamah. Mereka sudah tidak pedulikan
dosa
pahala, lantas gereja menjadikan dosa sebagai
bisnes melalui pengampunan dosa yang
ditawarkan.
Saya rasa kita boleh bersetuju yang masyarakat
Barat hari ini sedang duduk di dalam sebuah rumah
yang dimakan anai-anai pada tiang-tiang serinya.
Institusi keluarga musnah, 2004 melihat lebih 50%
anak yang lahir di Britain, tanpa bapa. Mereka
lebih selesa bersekedudukan tanpa perkahwinan
kerana mendapat faedah potongan cukai dan
lain-lain yang tetap sama dengan pasangan yang
berkahwin. Walhal, jika bergaduh, proses cerai
adalah amat sukar dan menelan belanja ribuan
Pound.



Tetapi saya bimbang dengan trend terkini
masyarakat kita, iaitu: HUKUM PUN TAK TENTU
HALA,
SIKAP PUN ENTAH APA-APA!



Adakah sesiapa yang mempedulikannya?

1 comments:

nadz ruslan said...

cerita ni patut dihantar ke newspaper, biar ramai org yg baca..

semoga Allah memelihara kerendahan hati dan akhlak saya.. insya-Allah, panjang umur jadi dr juga nanti..