Pages

Thursday, November 26, 2009

"Kisah Siti Hajar"



Assalamualaikum dan salam Aidil Adha...


Minggu lepas saya berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat di masjid kampus, Masjid Ad-Dakwah.Dan memang menjadi rutinitas saya bermula semester lepas.Sebelumnya saya solat jumaat di masjid pesantren berhampiran rumah.Ada kelainanan khutbahnya!!!Isi khutbahnya mengenai sebuah pengajaran daripada kisah Aidil Adha ini.Beginilah kisahnya....

Tatkala Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berhijrah dari Palestin menuju ke Mekah, baginda merasa sangat terkejut.Ini kerana tempat yang akan baginda hijrah itu adalah merupakan bumi yang tandus dan gersang.Berbanding dengan tempatnya sekarang yang subur dan hidupnya penuh bahagia bersama dengan istrinya, Siti Sarah.Baginda kemudian cuba mengajak isterinya itu untuk pindah bersama-samanya.Namun disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, Siti Sarah menolak untuk berhijrah bersama dengan Nabi Ibrahim.

Sebagai seorang lelaki, Nabi Ibrahim memerlukan teman pendamping untuk menemani baginda sewaktu berada di tempat barunya nanti.Lantas baginda memilih pembantunya, Siti Hajar untuk dibawa hijrah bersamanya.Siti Hajar tidak menolak permintaan Nabi IBrahim lalu mereka melangsungkan perkahwinan dan setelah itu mereka berhijrah ke Mekah, tempat baru yang diperintahkan oleh Allah untuk didiami.Sebuah pengorbanan yang besar yang dilakukan oleh mereka berdua.Sanggup untuk mendiami tempat yang gersang dan kontang tanpa beralasan untuk menghindarinya.

Selanjutnya, khatib itu bercerita mengenai Siti Hajar ini.Kalau dilihat daripada maksud nama Siti Hajar ini dalam bahasa arab tentulah bermaksud batu.Namun menurut khatib tersebut, Siti Hajar ini lahir daripada bangsa Ethiopia dan sewajarnya maksud namanya dilihat daripada bahasa Ethiopianya sendiri.Dan ayahnya Siti Hajar menamakan beliau dengan Hajar itu yang bermakna "peradaban".Dengan maksud daripada ayahnya agar anaknya kelak akan melahirkan zuriat yang akan membentuk sebuah peradaban yang hebat.Begitulah salah satu hak ayah terhadap anaknya, memberi nama dengan maksud yang baik.Berbalik kepada kisah Nabi Ibrahim tadi, pengorbanan baginda yang seterusnya setelah menerima perintah hijrah daripada Allah adalah menikahi Siti Hajar.Siti Hajar ini merupakan bangsa Ethiopia dan merupakan wanita berkulit hitam.Apakah maksud daripada sebuah pernikahan ini apabila seseorang yang berlainan warna kulit dinikahkan?Tentunya bagi Nabi Ibrahim kriteria calon isterinya bukanlah dilihat daripada warna kulit ataupun kecantikannya.Dan daripada rahim Siti Hajar inilah lahirnya Nabi Ismail yang bijak dan sangat taat kepada Allah dan orang tuanya.

Khatib kemudian menjelaskan mengenai pengajaran daripada pernikahan Nabi Ibrahim tersebut.Bahawa pemilihan kriteria isteri yang pertama dilihat adalah agamanya.Kemudian dilihat daripada kecerdasannya.Dan seterusnya...Dan bagi seseorang wanita itu adalah harus bagi mereka untuk melanjutkan pengajian/pendidikan ke tahap yang paling tinggi dalam bidang yang sesuai bagi mereka.Bukan kerana faktor ekonomi mahupun faktor kemegahan.Namun tujuan pendidikan bagi wanita adalah bagaimana nantinya mereka akan mendidik generasi mereka untuk membentuk sebuah peradaban yang hebat.Generasi yang lahir daripada rahim mereka.Dalam kisah ini kelahiran Nabi Ismail adalah persatuan daripada benih orang tuanya yang baik-baik iaitu Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.Dan mereka bukanlah calang-calang manusia!!!

Teringat lirik lagu Hijjaz-Sumaiyah

Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah

Tangan yang disangka lembut

menghayun buaian

Mengoncang dunia mencipta sejarah

*Daripada tangan yang lembut menghayun buaian melahirkan generasi yang menggoncang dunia iaitu Amar bin Yassir.

Sekadar perkongsian di Hari Raya Aidil Adha kali ini.

Teringat cerita menarik yang disampaikan oleh rakanku semalam.
Pada malam sebelum hari raya Aidil Adha tahun lepas, dia pergi makan malam di Restoran PAIM.Sedang makan-makan tiba-tiba mereka melihat adegan kejar-mengejar.Difikirkan ada kecurian atau rompakan kerana mereka melihat sekelompok manusia yang berkejaran.Rupa-rupanya mereka mengejar lembu yang akan diqurbankan esoknya di atas jalan raya.Lembu qurban yang terlepas rupanya.Dia ada bagitau, "Aku ingat nak tolong kejar jugak, tapi bile tengok-tengok dieorang kejar lembu tak jadilah".Aku tanya kenapa, dengan santai dia menjawab, "Tak macholah kejar lembu, ingatkan kejar penjahat ker pencuri ker"!@#$%^.Aku cuma berhasil untuk senyum je masa tuh!!!



Selamat Hari Raya AidilAdha dan Selamat Menjalani Exam buat semua rakan-rakanku.


1 comments:

Aimi Jaafar said...

kalau wanita tu tableh melahirkan zuriat? camna plak?