Pages

Sunday, November 15, 2009

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck






Alhamdulillah....dalam kesempitan waktu menjelang detik-detik akhir semester ini masih ada kesempatan untuk membaca buku.


Kali ini saya berkesempatan untuk membaca sebuah novel CINTA karya penulis agung HAMKA


Walaupun karya sastera ini cukup tinggi bahasa padangnya, tapi masih juga difahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengarangnya.


Novel ini mengisahkan perjuangan cinta yang murni Zainuddin dan Hayati yang melalui berbagai liku-liku perjalanan yang menghambat hubungan mereka.Bermula dengan adat yang berlainan yang memisahkan mereka sehinggalah faktor Zainudin sendiri yang menyebabkan dia ditolak oleh keluarga Hayati.

Penolakan daripada Hayati menyebabkan Zainudin dapat berfkir kembali secara normal dengan nasihat daripada sahabatnya Muluk.Cinta telah mengelabui fikirannya sehingga dia hampir membunuh diri.

Bermula sejak itu, dia mengembara ke Jawa dan mencuba memulai hidup baru dengan menulis berbekalkan penderitaan-penderitaan yang pernah dialaminya.Sememangnya, hidup Zainudin penuh dengan dugaan dan kesedihan sejak kematian ibunya pada masa kecilnya dulu sehingga sekarang.Dengan menggunakan nama pena "Z" karya-karyanya diterima oleh masyarakat umum pada waktu itu sehingga dia terkenal sebagai penulis yang berbakat besar.Kehidupannya mulai menjadi lebih baik dan dia mempunyai segala-galanya.

Namun, keceriaan di wajah tidak dapat mengubati luka di dalam hatinya.Perasaannya masih kekal pada Hayati walaupun dia mengetahui bahwa Hayati telahpun menikah.

Setelah rumahtangga Hayati mengalami kegoncangan, dengan suaminya membunuh diri akibat menghadapi tekanan hidup, jiwa Hayati kembali pada Zainudin.Sememangnya perasaan Hayati terhadap Zainudin tidak pernah berubah namun kerana pengaruh daripada kawannya dia telah menolak Zainudin kerana ukuran harta.

Di akhir novel ini kedua-duanya telah meninggal dunia.Hayati meninggal akibat tenggelamnya kapal Van Der Wijck manakala Zainudin meninggal akibat kesihatannya yang terganggu sejak kematian Hayati.

dialog Hayati dengan Khadijah:
Tidak, Khadijah!” jawab Hayati, “pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikirannya, itulah wang, itulah kekayaan, lebih dari gelang emas dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan”...

Novel ini merupakan sentuhan hati pengarangnya Buya HAMKA.Bacalah dengan hati agar ia sampai ke dalam hati sanubari kita.


HAMKA, seorang ulamak, sasterawan dan juga intelektual





1 comments:

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

kita menantikan sosok hamka kecil muncul. kini, sudah ada beberapa orang. Selamat ya akhi