Pages

Thursday, February 23, 2012

Sebegitulah Iman Manusia

Haruslah kita sedar dan faham bahawasanya manusia seperti kita ini mengalami iman yang tidak tetap. Adakalanya iman kita meninggi hinggakan kita memperolehi kedamaian jiwa, amalan kita dirasakan manis, dada kita lapang - alangkah bahagianya di kala itu. Di saat yang lain pula dada kita terasa sempit, malas untuk melakukan amal ketaatan, fikiran menjadi kusut, tiada ketenteraman, jiwa gelisah serta kecenderungan untuk melakukan maksiat bertambah.

Di saat itu berhati-hatilah. Penuhilah masamu dengan tafakkur dan melakukan amalan taqwa. Fikirkanlah apa yang menyebabkan anda menjadi demikian. Adakah anda telah meninggalkan perintah Allah? Adakah anda melakukan maksiat? Atau adakah anda tidak redha dengan ketentuan Allah kepadamu?

Di saat sebegini bawalah hatimu mengunjungi salah satu dari tiga tempat:

1. Ke tempat orang membaca Al-Quran, anda membacanya, atau anda dengar baik-baik orang membacanya;

2. Atau anda pergi ke majlis pengajaran yang mengingatkan hati kepada Allah;

3. Ataupun anda mencari tempat yang sunyi, di sana anda berkhalwat menyembah Allah, umpamanya di tengah malam buta, di saat orang tidur nyenyak, anda bangun mengerjakan sembahyang malam, meminta dan memohon kepada Allah agar diberikanmu kedamaian jiwa.

Di samping itu hendaklah anda mencari tempat dan suasana yang boleh menyuburkan iman kerana kesan-kesan luar yang berunsurkan Islam amat penting bagi melahirkan keperibadian muslim. Jangan sekali-kali mencari suasana yang boleh merangsang perasaan yang ingin melakukan maksiat. Pergaulilah orang-orang yang saleh yang menyeru kepada Islam kerana kasihkan mereka juga adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan biarkan saat kelemahan imanmu itu berlarutan kerana dibimbangi anda akan semakin jauh daripada Allah, semakin jauh daripada keredhaanNya dan semakin jauh dari kecintaanNya. Ingat dan fikirkanlah mati yang bakal menjemputmu bila-bila masa sahaja. Syukurilah setiap nikmat yang diberikan Allah kepadamu, perbanyakkan istighfarmu dan paksalah dirimu agar terus melakukan amal taat kepadaNya. Awasilah lidahmu kerana di saat sebegini syaitan akan mempergunakan lidahmu untuk memperkatakan sesuatu yang sia-sia lagi berdosa. Sibukkanlah diri untuk membaca Al-Quran atau zikrullah yang lain.

http://m.facebook.com/photo.php?fbid=3363031084493&id=1530589131&set=a.1228704287657.2036464.1530589131&refid=28&_ft_=qid.5712260647110291309%3Amf_story_key.-2503662236676535707%3Afilter.live%3Ainterface.m_basic%3Ac.m

Monday, December 5, 2011

Ragam Manusia

Saya kembali menulis setelah hampir beberapa bulan tangan ini tidak berdaya untuk menulis.Hati ini tidak bersemangat untuk menulis.Bukan kerana tiada idea.Tapi mungkin kerana tidak adanya kemauan.
Saya suka untuk berceloteh sedikit ragam pesakit yang ditemukan di hospital ini.Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupu yang sudah meninggal.Cuma sebuah pengalaman.

Situasi 1
Saya temukan pelawat ini di pertengahan jalan ketika hendak ke poliklinik.
Pelawat: Selamat pagi doc.
Saya : Selamat pagi,ibu.
Pelawat: Saya nak minta tolong sket ni.Saya nak pergi melawat saudara yang sakit kat hospital ni.
Saya : Ya, kat wad mana tu ibu?
Pelawat:(Sambil menggaru-garu kepala)Haa,,tu la yang saya tidak tahu.Keluarga kami bagitau dia dirawat di hospital ni.Tapi lupa saya nak tanyakan di wad mana.
Saya : Aduh, macam mana ni.Ermm, dia sakit apa?(Mungkin boleh trace wad mana dia dirawat)
Pelawat: (Lama dia berfikir...Sambil tersengih-sengih.)ermm, saya pun tak tanya pula dia sakit apa.
Saya : (Pening nak fikirkan.Jadi saya minta dia hubungi lagi keluarganya untuk menanyakan lebih detail lagi).

Pengalaman ini sering saya temukan di tempat saya belajar.Hospital.Tempat lain juga pasti ada.

Apabila kita datang ke suatu tempat tanpa ada tujuan yang jelas, ke mana hendak dituju, dengan siapa hendak berjalan dan bagaimana hendak mencapai tujuan tersebut pasti akan berakibat 2 hal.Pertama, mungkin boleh sampai ke destinasi tapi sangat lambat dan berpusing-pusing beberapa kali.Kedua, tersesat dan tidak jadi sampai ke tujuan.

Oleh itu, setiap hambaAllah sewajarnya mempunyai visi dan misi hidup yang jelas supaya perjalanan yang akan kita tempuhi akan menjadi lebih terang dan andainya ada halangan yang ditempuhi membuatkan kita bersabar.

Thursday, July 21, 2011

Jaulah Qudama'


Setelah hampir setahun menjalani masa clinical, sedar tak sedar dah hampir ke bulan Ogos dah.Bermakna tempoh clinical cuma tinggal tak sampai 6 bulan lagi.Sebentar lagi masuk bulan Ramadhan.Posting clinical untuk department yang berat-berat dah hampir habis.Cuma yang tinggal department Obstetric & Gynecology (O&G) je lagi.Setelah itu departmen Mata & ENT

Beberapa minggu yang lalu, awal Julai aku berkesempatan mencuri masa untuk balik ke Malaysia.Seminggu juga berada di sana.Alhamdulillah...
Tujuan kepulangan ke Malaysia ada beberapa misi.
1. Jaulah Qudama'
2. Buat visa B
3. Menjenguk anak saudara yang baru lahir.

Namun, kalau disusun berdasarkan keutamaannya aku lebih mengutamakan kesempatan berjumpa orang tua.Sempat juga aku ditegur oleh emak saudara sewaktu berpeluang menziarahinya.Katanya, orang yang dah terbiasa berjauhan dengan orang tua ni terutama yang sering belajar jauh-jauh biasanya sedikit renggang hubungan dengan orang tua.Itu berdasarkan hasil bacaannya di majalah.Tapi bagiku, justeru orang yang berjauhanlah yang semakin dekat dengan orang tuanya.Semakin jauh, semakin sayang.

Tujuan post ni ditulis adalah untuk menceritakan pengalaman sewaktu melakukan Jaulah Qudama' tempoh hari.Pengalaman yang sangat menarik.Berjumpa dengan orang-orang lama dalam tarbiyah ni.Berkongsi pengalaman dengan mereka.Yang bestnya, asyik dapat makan free je selama jaulah ni.

2 Julai 2011

Aku sampai di LCCT dalam pukul 1.00 pagi.Dijemput oleh ikhwah dari Bangi.Kebetulan mereka sedang Mabit di surau Bandar Baru Bangi.Dapat juga berkenalan dengan ikhwah-ikhwah kampus yang belajar di area Hulu Langat ni.

Paginya sempat juga merasa roti canai mamak dengan kopi radix.Hilang rindu kat roti canai ni.Kemudian kami bergerak ke tempat untuk berkumpul iaitu di KL Central dengan menaiki train.Selepas semuanya berkumpul baru kami start berjaulah, bukan berjalan kaki.Tapi dengan ALZA.Alhamdulillah, ada yang sponsor.

Destinasi pertama kami adalah ziarah ke rumah ikhwah.Kebetulan masa tu kami ke rumah akh Najib dekat Sri Petaling.Di sana kami ke kedai ayahnya yang memang membuka kedai makan dekat kawasan tersebut.

Kemudian setelah hampir sejam di sana kami melanjutkan perjalanan lagi menuju pejabat ISMA DHL.Dalam perjalanan kami jemput seorang ikhwah lagi.Dia kebetulah hilang hpnya sehari sebelum tu.Jadi kami tak dapat untuk menghubunginya.Mujur Allah menghubungkan kami melalui FB.

Sewaktu kami di Pejabat ISMA DHL mereka ketika itu sedang mengadakan EGM untuk menggantikan YDP yang baru.Kemudian setelah zuhur dan makan tengah hari dengan nasi beriani kami melanjutkan perjalanan ke Pejabat ISMA Pusat yang tidak jauh dari situ.Di sana kami bertemu dengan Ust. Fauzi Asmuni, Timb Pres. II ISMA.Selama hampir 2 jam kami saling berkongsi pengalaman dan mendapat penjelasan dari UFA mengenai beberapa perkara.Terutama mengenai gagasan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" dan mengenai isu BERSIH 2.0 yang sedang hangat pada masa itu.


Bersama Ust Fauzi

Setelah habis asar kami melanjutkan Jaulah lagi dengan menziarahi rumah Ust. Wan Hisyam yang tinggal berdekatan situ.Aku memang sudah kenal lama dengan Ust. Wan ni.Dia memang sering ke Medan untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibina dengan kerjasama ISMA dan PKPU.Kebetulan sama negeri, orang Terengganu.Di rumahnya kami sekali lagi dihidangkan dengan berbagai hidangan.Ust. Wan ni baru balik dari Terengganu sebelumnya.Oleh kerana isterinya sedang bermesyuarat, jadi dia sendiri yang memasakkan bubur lambuk dengan keropok lekor dari Terengganu.Belum sampai Terengganu dah dapat merasa keropok lekor.Alhamdulillah...

Kami menghabiskan masa dalam 2 jam juga di rumah Ust Wan sambil bercerita-cerita mengenai hal masing-masing.Setelah itu, kami meneruskan lagi agenda Jaulah.Kali ini sesi riadah.Cuma riadah ini tak mengeluarkan peluh.Main Bowling di Mines.Hehe.Walaupun kami ni bukannya kaki bangku, tapi tangan ni masih bangku juga.Beberapa kali strike, maksudnya masuk longkang.Secara keseluruhan, akh Sani yang menang dengan jumlah markah yang tertinggi.


Tengah merencanakan strategi ni....


Hasil akhir pertandingan


Bergambar sebelum pulang.Jangan bawa pulang bola tu udah le...

Seusai habis maghrib, kami langsung menuju ke Kajang.Setelah penat membaling-baling bola, dengan ada yang lenguh-lenguh sendi lengan, perut mulai mengeluarkan tanda-tanda yang meminta diisi.Aneh juga, semakin banyak kami makan, semakin cepat pula lapar.Jadi kami menuju ke Kajang untuk menyentap sate kajang Hj. Samori.Setelah itu, kami kembali ke Pejabat ISMA DHL kerana dijanjikan ada pengisian pada malam itu.


Hidangan depan mata


Sate Ayam dan lembu

Pada malam itu, dengan segala keletihan fizik kami menggagahkan mata untuk menahan mengantuk untuk sebuah pengisian ruhiyah.Dengan tajuk "Tarbiyah Kita" telah disampaikan oleh Akh Ajib, YDP ISMA DHL yang baru dilantik petang itu.Alhamdulillah pengisian berjalan dengan baik.Beliau banyak menjelaskan mengenai prinsip dakwah IM dan dikaitkan dengan perjalanan tarbiah di Malaysia.Sekitar pukul 11 malam selesai.Kerana keletihan, beberapa orang dari kami langsung tidur setelah pengisian tersebut.

3 Julai

Keesokan paginya, kami bangun tahajjud dan solat subuh dan melanjutkan dengan zikir mathurat.Setelah itu, ada tazkirah dan perkongsian sesama kami.

Pagi itu, aku ditemani ikhwah yang lain menuju ke Kedutaan Besar Indonesia.Kami sarapan di sana.Dan aku melanjutkan proses membuat Visa B sementara yang lain meneruskan agenda ziarah ke Pejabat Aman Palestin.Di sana mereka diberi penjelasan mengenai peranan AP dan agenda yang akan dijalankan oleh Ust Awang.

Sekitar pukul 12.00 urusan aku di Kedutaan baru selesai.Ni merupakan pengalaman pertama kali berurusan dengan pihak kedutaan setelah hampir 5 tahun belajar di Indonesia.Suasananya memang seperti di Indonesia, dengan orang yang ingin berurusannya sangat ramai dan padat.Rasa-rasa dlm 300-400 orang juga.Visanya langsung siap dalam masa sehari.Cuma siapnya pukul 4 petang.

Setelah itu, kami langsung bergerak menuju Seremban dari KL.Tujuannya adalah untuk menziarahi Prof. Dr. Zainnurashid.Dia sememangnya sangat padat jadual kerjanya.Sebelum ini, dia mengantar sms memberitahu tak dapat untuk bersama kami pada hari itu, tapi paginya di sms ulang bahawa dia punya masa selama sejam je dan dapat untuk berjumpa dengan kami.Jadi kami memecut menuju Seremban dan sampai di sana dalam pukul 2.00 ptg.Alhamdulillah, sampai saja kami di tol masuk ke Seremban Dr Z dah pun menunggu kami.Kami disambut dengan senyuman dan pelukan yang hangat.Kemudian kami diajak menuju ke sebuah Restoran berdekatan untuk makan tengah hari sambil berbincang-bincang.Beliau merupakan salah satu insan yang luarbiasa bagiku kerana hampir seluruh masanya penuh dengan program-program yang sangat bermanfaat.Kalau tidak dengan urusan hospital sebagai Ketua Jabatan O&G merangkap konsultan, beliau dengan urusan sebagai Timb. Dekan Fak. Perubatan IMU.Kalau tidak dengan program Aman Palestin sebagai Perunding, beliau sibuk dengan program I-Medik dengan mahasiswa.Kalau tidakpun dengan program ISMA Seremban.
Bulan ini saja, jadual dia hampir penuh setiap malam untuk mengisi ceramah di seluruh negara.

Sesudah makan, beliau membawa kami melawat Pejabat ISMA Seremban yang baru.Kemudian setelah itu, beliau mengatakan ada meeting pada pukul 3.00 petang tersebut dan meminta izin dari kami untuk kembali ke hospital.Kamipun sudah beransur-ansur untuk bertolak balik ke Bangi kembali.


Semangat orang muda

Sampainya kami di Bangi menandakan perjalanan untuk Jaulah kali ini sudah berakhir.Jadi ini merupakan tempat terakhir kami sebelum masing-masing kembali ke rumah masing-masing.

Berlatarkan restoran Wong Solo



Jaulah ini kami akhiri dengan sedikit tazkirah dan disusuli dengan doa rabithah.Malamnya, aku menaiki bas untuk balik ke Terengganu.




"Ukhuwah itu adalah tali yang mengikat hati-hati para du'at, sekiranya ia tidak dikenali dan terputus, maka akan bercerailah hati-hati tersebut dan itulah bahana yang paling buruk dalam dakwah ini.Nilai ukhuwah ini tidak dapat ditukar dengan apa sekalipun, kerana kesannya pada hati membekas buat selamanya sekali ia berpaut"- Nukilan dari website www.emirabukhalil.com

Sunday, June 5, 2011

Syiar Bulan Rajab

SYIAR BULAN RAJAB 1432H

“Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikan kami di bulan Ramadhan”

Permohonan kepada Allah untuk diberkahi di bulan Rajab dan Sya’ban serta dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan adalah salah satu doa orang shalih. Doa orang yang menangkap setiap kesempatan adalah peluang kebaikan. Dengan ini saya mengingatkan kepada seluruh rakan-rakan, sahabat dan kenalan untuk memanfaatkan momentum tiga bulan ini (Rajab-Sya’ban-Ramadhan) sebagai kesempatan terbaik dalam memperluas geografis dan demografis dakwah serta meningkatkan kualitas hubungan ubudiyah kepada Allah SWT, dengan melakukan kegiatan sebagai berikut:

1. Saling berkongsi dan mengingatkan rakan taulan yang lain mengenai kehadiran bulan Rajab dan meningkatkan lagi syiar-syiarnya

2. Memperbanyak puasa sunnah pada bulan Rajab, dan separuh pertama bulan Sya’ban. Terutama pada ayyamul bidh (rabu-kamis-jum’at/15-16-17 Juni 2011)


3. Meningkatkan amal yaumiyah (shalat berjamaah, tilawah, dzikir pagi dan sore/wazhifah kubra, shalat rawatib, qiyamullail, witir, dan dhuha)

4. Berperan aktif dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang ma’ruf dan berguna

5. Memperbanyak silaturrahim dengan sanak kerabat, teman, dan tetangga

6. Mempersiapkan diri secara fisik dan finansial untuk menerima tugas-tugas dakwah, sebagai kesempatan untuk beramal shalih dan meraih berkah

Demikian syiar ini sampaikan, agar menjadi perhatian seluruh rakan tualan, ikhawah dan akhawat. Atas perhatian dan kerjasamanya, kami hulurkan jazakumullah khairan jaza wabarakallahu fiikum.

Diedit dari sebuah blog www.pkspiyungan.blogspot.com

Friday, June 3, 2011

Menelusuri Sirah



'Orang yang tidak mengetahui sejarah, akan mengulangi sejarah'

"Sejarah adalah guru terbaik"-george santayana

Mempelajari sirah adalah suatu kemestian bagi orang-orang yang ingin menjadi peribadi yang hebat.Kerana dari situ, ia akan mendapat beberapa hal:

1) Kerana sirah menceritakan kisah nabi Muhammad iaitu seorang tokoh islah yg pling shohih
(sirah nabi umpama mentari krana perjalanan hdupnye jelas)
2) Kehidupan Rasullah adalah sangat jelas pada setiap peringkat dan diceritakan 1 persatu secara detail
3) Sirah tidak mengeluarkan baginda daripada sifat kemanusiaan
4) Nabi Muhammad contoh dari segala aspek kehidupan

Ada beberapa buku sirah yang bagus untuk dibaca dan dikaji:

Untuk permulaan;

1. Sirah Nabawiyah- Syaikh Syafiyyurahman Al- Mubarakfury
2. Fiqh Sirah- Muhammad Al-Ghazali
3. Sirah- Ibnu Hisyam

Untuk Para Daie;
Sirah Nabawiyah- Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthy

Untuk Mujahid;
Manhaj haraki- Syaikh Munir Muhammad al-Ghadban

Di sela-sela membaca buku-buku medik ni harus juga disempatkan waktu untuk mengisi fikriyah terhadap sirah ni..Tersangatkah rugi jika kita melupakan aspek sejarah ini dalam ruang hidup kita.

Pesan murabbi: Apabila Islam hanya dipelajari dari sisi akidah sahaja, maka ia akan melahirkan jiwa-jiwa manusia yang keras(syadid).Namun jika ia ditambah dengan sisi sirah nabawiyah, fikiran dia akan lebih luas dan jiwanya akan lebih lembut.Peribadi yang sangat indah akhlaknya.InsyaAllah.

p/s: Sedang mengkaji sirah nabawiyah bersama murabbi tercinta.Jom mengkaji sirah!!!

Tuesday, May 10, 2011

Evolusi Tauhid





Pertembungan hari ini ialah pertembungan antara sistem Barat yang mengenepikan agama dengan sistem Islam yang menjadikan kalimah Allah sebagai yang tertinggi.

Mengingkari dan menolak hegemoni sistem Barat yang tidak bertuhan adalah

langkah pertama dalam proses evolusi tauhid


-Ucapan dasar AGM ISMA ke-12 oleh Ust Abdullah Zaik-

Thursday, April 21, 2011

Sebuah Dialog

Pada suatu petang, aku sedang berborak-borak dengan seorang adik junior.Dia seorang yang baru berkecimpung sebagai aktivis kampus.Salah seorang ahli dalam sebuah badan kerohanian.

Junior: Abang, saya tengok abang sangat aktif dengan program-program di kampus?
Aku : Hmmm, tak banyak mana pun.Sikit-sikit la.Kenapa?
Junior: Tak de la.Saya ni masih baru dalam organisasi ni.Cuma saya tengok abang banyak masa untuk ikut program-program ni.Tak terganggun ke mase study abang?
Aku : Hehehe...biase la.Bagus jugak pertanyaan ni.Abang dulu pun pernah berfikir seperti tu jugak.
Junior: Jadi macam mana tu?
Aku : Macam mana lagi.Dah memang tanggungjawab kita kan.
Junior: Ye la.Tapi saya kadang-kadang terasa berat juga nak join banyak-banyak program ni.
Aku : Ok la.Sebenarnya pengalaman juga sedikit sebanyak memberi kita panduan untuk bergerak ni.Dan yang paling penting adalah kefahaman kita.Kenapa kita terlibat dengan program-program islamik ni.
Junior: Ok.Terus....
Aku : Masa yang kita ada masing-masing 24 jam.Tapi kenapa ada yang mampu mengerjakan banyak sekali tugasan dan program manakala sebahagian yang lain tidak?Abang teringat dengan sebuah pesanan daripada pendahulu kita, Imam Hasan Al-Banna.Kewajipan yang kita ada melebihi waktu kita.
Junior: Ooo...
Aku : Kita beruntung kerana Allah telah memilih kita untuk memikul tanggungjawab ini.Bukan semua orang yang dipilih.Abang tau bahawa tugas sebagai pelajar PERUBATAN ni memang berat.Tapi di suatu sisi, ia menuntut kita untuk lebih bijak mengatur masa.Ada masa untuk belajar, berorganisasi, beriadhah dan lain-lain lagi.Yang penting bagaimana kita mengatur masa sebaik yang mungkin.
Junior: Tu yang sedikit berat kan..
Aku : Betul, memang abang akui.Untuk mengatur masa tu memang sulit.Tapi harus kita lakukan.Orang Melatu kate, alah bisa tegal biasa.
Junior: Hmm...
Aku : Pengorbanan dengan masa, tenaga, fikiran dan juga peluh ni yang akan menambahkan lagi perasa dalam hidup ni.Kadang terasa pahit.Kadang pula terasa masam manis.Dan akhirnya kita akan mengecapi kemanisan liku-liku perjalanan ini.Macam mana?
Junior: Ok, baru saya faham.Nanti, kalau ada masa kita borak-borak lagi ye.Saya ada lab lepas ni.Terima kasih atas nasihat abang tu.InsyaAllah saya cuba aplikasikan
Aku : Alhamdulillah..InsyaAllah abang boleh bantu setakat yang mampu.Abang pun bukanlah bagus sangat.Tapi, kita sentiasa berusaha menjadi yang terbaik la kan.
Junior: InsyaAllah.Ok, jumpa lagi nanti.Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam

Begitulah sebuah dialog pada suatu petang berhampiran cafeteria fakulti.3 tahun yang lalu.Masih segar dalam ingatan ini.Junior ini pun telah kembali ke Malaysia untuk menyambung clinical di sana.Dan aku meneruskan lagi sisa-sisa waktu yang ada sebelum menamatkan tempoh pendidikan selama 5 tahun setengah.Memang lama.Namun, aku merasakan waktu itu sangat cepat berlalu.Justeru kerana masa yang ada kita isi dengan pelbagai program yang bermanfaat.Di sini ada baksos(bakti sosial), program-program dari fakulti, memegang usrah, membawa usrah, daurah dan sebagainya lagi.Sehingga aku merasakan setiap 1 semester itu begitu cepat berlalu.Hampir setiap hujung minggu ada program luar dari akademik.

Teringat dengan lirik lagu Raihan

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Hari-hari sekarang ini, di tahun akhir pengajian aku terasa begitu berat beban-beban yang ditanggung.Waktu luang benar-benar mencemburui.Hospital menjadi rumah kedua.Memang begitu teruji.Waktu dengan murabbi.Waktu dengan mutarabbi.Waktu dengan ikhwah dan rakan-rakan.Dan yang paling penting waktu dengan Allah.

Semoga Allah mengurniakan aku keikhlasan dalam beramal sehingga ia menjadi penguat untuk aku tsabat pada jalan ini.