Pages

Friday, November 19, 2010

Kebersamaan ini..

18 Nov 2010

Alhamdulillah, selamat tibanya penceramah yang kami tunggu-tunggukan.Dr. Zainurrasyid Zainuddin.Kehadiran beliau begitu kami nantikan.Bukan sekadar untuk memenuhi jemputan sebagai penceramah untuk program I-Medik kami di sini.Namun untuk berawalnya sebuah perjalanan yang panjang.

gambar sewaktu makan malam di Waroeng Joko Solo

Dia tidak menampakkan wajah yang keletihan, walaupun tugasan sehariannya memang berat.Sebagai seorang konsultan Pakar Sakit Puan di Hospital Seremban dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan di IMU masa yang ada pastinya begitu berharga.Tambahan lagi, beliau juga merupakan perunding kepada AMAN PALESTIN BHD.Sangat sulit untuk dicari seorang yang seperti beliau.Aku sangat mencemburuimu wahai sang pejuang generasi Shalahuddin Al-Ayyubi.Dalam ceramahnya mengenai palestin, seringkali dia melaungkan,
"Di mana kalian generasi pewaris Shalahuddin Al-Ayyudi?"

Sungguh benarlah kata-katanya kepadaku, CINTA itu memerlukan PENGORBANAN, dan PERJUANGAN juga memerlukan PENGORBANAN.

Selamat datang wahai mentorku, insyaAllah kita akan bersama menempuhi KAFILAH SYURGA ini.Semoga Allah tetap mentsabatkan hati ini dengan keikhlasan.

Beliau minggu depan akan ke GAZA, sebagai wakil dari kerajaan Malaysia.Sekali lagi aku mencemburuimu wahai saudaraku.Tapi aku berjanji bahawa kita akan menyiapkan generasi yang terbaik untuk beramai-ramai memasuki GAZA suatu saat nanti, InsyaAllah..

*Persiapan untuk seminar Perubatan dan bersamamu Palestin
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan-Nya




Wednesday, November 3, 2010

Kita Malas Membaca


KITA MALAS MEMBACA


(http://muntalaq.wordpress.com/2007/06/15/kita-malas-membaca/)

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)