Pages

Showing posts with label Tazkiyah... Show all posts
Showing posts with label Tazkiyah... Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Sebegitulah Iman Manusia

Haruslah kita sedar dan faham bahawasanya manusia seperti kita ini mengalami iman yang tidak tetap. Adakalanya iman kita meninggi hinggakan kita memperolehi kedamaian jiwa, amalan kita dirasakan manis, dada kita lapang - alangkah bahagianya di kala itu. Di saat yang lain pula dada kita terasa sempit, malas untuk melakukan amal ketaatan, fikiran menjadi kusut, tiada ketenteraman, jiwa gelisah serta kecenderungan untuk melakukan maksiat bertambah.

Di saat itu berhati-hatilah. Penuhilah masamu dengan tafakkur dan melakukan amalan taqwa. Fikirkanlah apa yang menyebabkan anda menjadi demikian. Adakah anda telah meninggalkan perintah Allah? Adakah anda melakukan maksiat? Atau adakah anda tidak redha dengan ketentuan Allah kepadamu?

Di saat sebegini bawalah hatimu mengunjungi salah satu dari tiga tempat:

1. Ke tempat orang membaca Al-Quran, anda membacanya, atau anda dengar baik-baik orang membacanya;

2. Atau anda pergi ke majlis pengajaran yang mengingatkan hati kepada Allah;

3. Ataupun anda mencari tempat yang sunyi, di sana anda berkhalwat menyembah Allah, umpamanya di tengah malam buta, di saat orang tidur nyenyak, anda bangun mengerjakan sembahyang malam, meminta dan memohon kepada Allah agar diberikanmu kedamaian jiwa.

Di samping itu hendaklah anda mencari tempat dan suasana yang boleh menyuburkan iman kerana kesan-kesan luar yang berunsurkan Islam amat penting bagi melahirkan keperibadian muslim. Jangan sekali-kali mencari suasana yang boleh merangsang perasaan yang ingin melakukan maksiat. Pergaulilah orang-orang yang saleh yang menyeru kepada Islam kerana kasihkan mereka juga adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan biarkan saat kelemahan imanmu itu berlarutan kerana dibimbangi anda akan semakin jauh daripada Allah, semakin jauh daripada keredhaanNya dan semakin jauh dari kecintaanNya. Ingat dan fikirkanlah mati yang bakal menjemputmu bila-bila masa sahaja. Syukurilah setiap nikmat yang diberikan Allah kepadamu, perbanyakkan istighfarmu dan paksalah dirimu agar terus melakukan amal taat kepadaNya. Awasilah lidahmu kerana di saat sebegini syaitan akan mempergunakan lidahmu untuk memperkatakan sesuatu yang sia-sia lagi berdosa. Sibukkanlah diri untuk membaca Al-Quran atau zikrullah yang lain.

http://m.facebook.com/photo.php?fbid=3363031084493&id=1530589131&set=a.1228704287657.2036464.1530589131&refid=28&_ft_=qid.5712260647110291309%3Amf_story_key.-2503662236676535707%3Afilter.live%3Ainterface.m_basic%3Ac.m

Sunday, June 5, 2011

Syiar Bulan Rajab

SYIAR BULAN RAJAB 1432H

“Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikan kami di bulan Ramadhan”

Permohonan kepada Allah untuk diberkahi di bulan Rajab dan Sya’ban serta dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan adalah salah satu doa orang shalih. Doa orang yang menangkap setiap kesempatan adalah peluang kebaikan. Dengan ini saya mengingatkan kepada seluruh rakan-rakan, sahabat dan kenalan untuk memanfaatkan momentum tiga bulan ini (Rajab-Sya’ban-Ramadhan) sebagai kesempatan terbaik dalam memperluas geografis dan demografis dakwah serta meningkatkan kualitas hubungan ubudiyah kepada Allah SWT, dengan melakukan kegiatan sebagai berikut:

1. Saling berkongsi dan mengingatkan rakan taulan yang lain mengenai kehadiran bulan Rajab dan meningkatkan lagi syiar-syiarnya

2. Memperbanyak puasa sunnah pada bulan Rajab, dan separuh pertama bulan Sya’ban. Terutama pada ayyamul bidh (rabu-kamis-jum’at/15-16-17 Juni 2011)


3. Meningkatkan amal yaumiyah (shalat berjamaah, tilawah, dzikir pagi dan sore/wazhifah kubra, shalat rawatib, qiyamullail, witir, dan dhuha)

4. Berperan aktif dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang ma’ruf dan berguna

5. Memperbanyak silaturrahim dengan sanak kerabat, teman, dan tetangga

6. Mempersiapkan diri secara fisik dan finansial untuk menerima tugas-tugas dakwah, sebagai kesempatan untuk beramal shalih dan meraih berkah

Demikian syiar ini sampaikan, agar menjadi perhatian seluruh rakan tualan, ikhawah dan akhawat. Atas perhatian dan kerjasamanya, kami hulurkan jazakumullah khairan jaza wabarakallahu fiikum.

Diedit dari sebuah blog www.pkspiyungan.blogspot.com

Sunday, March 13, 2011

Izikan Aku Menangis

"Apabila hati menjadi keras, maka keringlah air mata"

Begitulah ungkapan yang diungkapkan oleh salah seorang ulamak besar kita iaitu Ibnu Qayyin Al-Jauziyah.Diungkapkan ulang saat pengisian oleh seorang ikhwah semalam.Kata-katanya mengetuk hati sanubari ini.Betapa sudah begitu kerasnya hati ini sehinggakan untuk meneteskan air mata begitu sulit sekali.Apatah lagi untuk hal-hal lain.

Di sini ada sebuah artikel mengenai erti sebuah tangisan.Diambil dari blog seorang muslim yang sangat indah tulisannya.Begitu berseni.Mampu menggerakkan jiwa-jiwa yang membacanya.

Izinkan Aku Menangis

(www.muharrikdaie.wordpress.com)

Kita selalu menanggis. Melepaskan perasaan. Tenang selepas dikeluarkan. Ada yang menanggis kerana duka dan tidak kurang yang mendapat gembira. Tangisan adalah sukma.Menanggis adalah ruang untuk kita berdialog dengan diri. Mengembalikan keyakinan. Melepaskan perasaan dan mengembalikan energi yang telah hilang. Itulah seninya sebuah tangisan. Mencuit jiwa jiwa yang ketandusan. Hati yang kepupusan. Ruh yang kegersangan. Jasad yang kehilangan.

Tangisan adalah teman seorang insan. Permata yang bertaburan. Terkadang mahal terkadang jadi murahan. Tangisan adalah dunia sang pencinta. Dunia bagi kegagalan. Dunia bagi penebus dosa. Dunia bagi kemiskinan. Dunia bagi kekecewaan. Itulah tangisan sifatnya membantu kesedihan.

Tanggisan adalah perjuangan. Melihat ummah hilang pedoman. Melihat Islam dipinggirkan. Melihat manusia mentauhidkan kebendaan. Melihat ikhwah mengejar kesenangan. Melihat akhawat mendewakan perhiasan. Melihat Dakwah ditinggalkan. Disepikan. Disekularkan. Diliberalkan. Disama ratakan dan dicubit sedikit melepaskan kempunan.

Tangisan juga pembaziran. Ditinggalkan kekasih yang tiada kesetiaan. Dipisahkan tunang yang curang. Diceraikan suami yang petualang.

Itulah tangisan yang mengikut rentak kehidupan. Selagi bernafas selagi itu tangisan menanti keguguran.

Namun tanggisan tidak berhenti. Ia kan terus menanggis selepas kematian. Walau pun jasad berkalang tanah. Tulang tulang menjadi habuan. Tanggisan terus meratap dengan kesyahduan. Merayu merintih selama lamanya tanpa batasan dan tanpa pengakhiran ….

Akan didatangkan pada hari kiamat orang yang paling mewah hidupnya didunia, sedang dia adalah penghuni neraka lalu Allah masukkan sedikit jarinya keneraka. Allah bertanya ” pernahkah kamu rasa kemewahan masa dunia dulu?” Tidak pernah ya Allah jawabnya.Kerana azabnya neraka yang dirasakannya walau satu celupan jari hingga lupa ia akan kemewahan nya dahulu.

Didatangkan pula seorang yang amat sengsaranya dan miskinnya didunia, lantas Allah celupkan sedikit jarinya kesyurga. Allah bertanya ” Pernahkah kamu sengsara dan miskin didunia dahulu?” Tidak pernah ya Allah. Kerana nikmatnya syurga sehingga terlupa ia kan kesengsaraannya di dunia dahulu.

Izinkan aku menanggis. sekali pun tanggisan ini bercampur baur …

Berilah aku kekuatan untuk menanggis sebelum aku menanggis yang tiada hentinya disana sehingga pipi ku menjadi sungei sehingga boleh direnangi ..

Wahai manusia, menanggislah! Jika tidak dapat menanggis, paksakan dirimu untuk menanggis. Kerana sesungguhnya ahli Neraka itu akan terus menaggis hingga airmatanya mengalir dipipi masing2, seperti air yang mengalir disungai. Sampai airmata itu habis dan matanya pun pecah pecah. Seandainya ada perahu yang diletakkan disitu, nescaya belayarlah ia!

~HR Ibnu Majah

Izinkan aku menanggis ….dengan sebenar benar tanggisan.

Friday, December 4, 2009

Karat-karat

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air."

Seorang sahabat telah bertanya,
"Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"

Maka jawab Rasulullah,
"Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.
Rasulullah bersabda :
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong."

Tuesday, April 7, 2009

Wahai diri, bersabarlah!!!

Assalamualaikum...

Dalam mengejar sebuah kehidupan yang fana ini, seringkali kita tersadung dengan 'ranting-ranting' atau 'akar-akar' dunia yang terdapat di pertengahan perjalanan ini.Kadang-kadang kita mampu untuk membuang ranting/akar tersebut dengan mudahnya daripada melanggarya..Namun sering juga kita tersadung dan jatuh ke tanah dan terasa amat sukar untuk bangkit kembali.Alangkah sukarnya sebuah perjalanan yang ditempuhi ini..

Sehari-hari aku cuba untuk berbuat yang terbaik, namun dalam beramal ini seringkali juga terjadi ketidaksepahaman atau kekurangan yang muncul tidak kira secara internal diri maupun eksternal..Aku juga sering tumbang di saat diri ini hendak bangkit...Kenapa Ya Allah?????

Adakah kerana fizikal aku ini begitu lemah untuk berjalan?Adakah perjalanan ini begitu sulit untuk ditempuhi?Adakah aku ini sering berjalan keseorangan sehingga mudah untuk dijatuhkan?Berbagai-bagai persoalan yang sering muncul di dalam benak kurniaan-Mu ini ya Allah.Tapi aku tahu aku harus sentiasa berbaik sangka terhadap-Mu.Kerana aku tahu bahawa itu sudah sunnatullah sebuah perjalanan seorang hamba dalam menggapai keredhaan.Dan telah juga ditetapkan qada' dan qadar untuk semua perkara yang telah, sedang dan akan berlaku.Tapi aku tidak boleh lemah....
Semoga renungan di bawah ini menjadi penguat kita bersama...


KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.[Surah Al-Ankabut:2-3]
KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.[Surah Al-Baqarah:216]
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...[Surah Al-Baqarah:286]
RASA TERTEKAN?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.[Surah Al-Imran:139]
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga(di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung[Surah Al-Imran:200]
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.[Suarah Al-Baqarah:45]
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia.Hanya kepada-Nya aku bertawakal[Surah At-Taubah:129]
AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!!!!
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir[Surah Yusuf:87]


Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa).Sseungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu'[Surah An-Nisaa':86]

W'a'lam...