Disebutkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 60-an yang sudah tidak bekerja lagi seringkali mengadu kesakitan pada bahagian kiri dadanya. Tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, penyakit tersebut kian menjadi-jadi. Atas pujuk rayu serta nasihat isteri dan anak-anak maka lelaki tersebut pergi mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang sakitnya itu.
Telah ditakdirkan dengan kehendak Ilahi, lelaki tersebut disahkan menghadapi penyakit jantung. Namun, syukur kehadrat Tuhan kerana penyakit tersebut masih di peringkat awal dan perlu disegerakan rawatan dengan melakukan pembedahan bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.
Setelah berbincang dengan ahli-ahli keluarga maka lelaki tersebut bersetuju untuk menjalani pembedahan. Maha Suci Allah, pembedahan tersebut berjaya. Semua orang bergembira dan meraikan kejayaan tersebut. Namun, bila melihat akan kos pembedahan dan rawatan, lelaki tersebut menangis…Terlalu hiba hinggakan sukar untuk berkata-kata.
“Encik, jangan terlalu sedih. Kalau encik perlukan bantuan kewangan, kami boleh uruskan procedur untuk dapatkan diskaun malahan encik boleh memohon sumbangan daripada tabung yang hospital kami sediakan bagi membiayai sedikit sebanyak kos ini, jika encik layak” Kata doktor yang datang menghulurkan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Selang beberapa ketika, lelaki itu menjawab “Saya menangis bukan kerana melihat angka yang besar ni doktor, tapi apa yang membuatkan saya hiba, apa yang menyebabkan saya menangis adalah bila saya teringatkan bahawa Allah tidak pernah menghulurkan sebarang bil untuk bayaran selama saya hidup. Dia tidak pernah meminta bayaran untuk mata saya ini. Belum pernah untuk tangan saya, mulut dan kaki saya. Allah juga belum pernah menarik mana-mana nikmat pancaindera saya sehingga sekarang. Jika kerana jantung yang baru sahaja sakit beberapa bulan lalu ini memerlukan saya membayar sejumlah besar wang kepada manusia, maka tidak dapat saya bayangkan betapa banyaknya hutang dan bayaran untuk saya langsaikan dengan Allah jika dia meminta untuk membayar semua organ, anggota dan nikmat selama 60 tahun ini! “
Suasana menjadi kelu seketika. “Sesungguhnya Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang !” kata doktor tersebut sambil berjalan keluar daripada wad…
Pejam celik-pejam celik dah hampir 12 minggu aku di Departmen Penyakit Dalam.Setelah 4 minggunya di wad RS H. Adam Malik, 2 minggu di RS Pirngadi, 1 minggu di RS Putri Hijau, 2 minggu di RS Tembakau Deli, 1 minggu di RS Haji Mina.Dan terakhir di Poliklinik Penyakit Dalam RS H.Adam Malik selama 2 minggu.Sebuah perjalanan yang panjang di antara semua siklus bawah.Menuju second half sebagai clinical student.
Minggu depan dah masuk minggu exam.Entah siapa penguji, kes ape yang akan dibawa nanti.Semuanya aku kembalikan kepada pemiliki taqdir ini.Semoga aku diberikan yang terbaik buat mengharungi perjalanan ini.
Teringat akan kata-kata yang sempat aku baca dalam sebuah blog;
"taqdir yang turun dari Langit akan bertembung dengan doa yang naik dari Bumi. Keduanya akan bertemu di tengah-tengah dan berlawanan antara keduanya, yang manakah lebih kuat. Jika doa yang lebih kuat, ketentuan ajal pun boleh tertunda" -TG Nik Aziz..
Semoga dengan D.U.I.T. mampu berhasil
D-Doa
U-Usaha
I-Istiqamah
T-Tawakal
Kadang-kadang aku jadi hairan juga dengan sebahagian manusia ni.Bila time nak exam, semuanya jadi tak kena.Gelabah tak tentu pasal.Takut sekali dengan exam tu.Ibarat perjuangan hidup dan mati.Entahlah...
Aku cukup terinspirasi dengan janji yang telah Allah nukilkan dalam ayatnya
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"
Proses tawakal tu bukan sekadar berserah diri je, namun setelah didahulukan dengan usaha yang optimal.
Yakin dengan kemampuan diri sendiri dan tidak bergantung harap kepada orang lain.Terserah siapa pun pengujinya, hadapi je.Kadang sampai bergaduh kerana masalah pembagian penguji, pesakit dan sebagainya.Semuanya berfikir untuk selamatkan diri masing-masing..
Tapi itulah ragamnya ketikamana akan berhadapan dengan exam.Ironisnya, sangat berbeza ketikamana kita sudah PASTI akan melalui ujian ketika berhadapan dengan Mungkar dan Nakir nanti.Ada yang membawa bekal secukupnya je, ada yang tidak siap untuk disoal, ada yang meminta supaya dihidupkan kembali ke dunia supaya sempat melakukan kebaikan lagi.Namun yang pasti semuanya akan menghadapinya.
Gagal masa post-test insyaAllah masih ada peluang untuk remedial.Namun kalau gagal menjawab pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir, apakah kebarangkaliannya ye??
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
*p/s: Ni sebuah penelitian yang cuba mengungkapkannya dari sudut sains, walaubagaimanapun kita solat di awal waktu bukan untuk mendapat faedah itu saja.Tetapi itu adalah perintah dari Rasulullah. Banyak perintah baginda yang belum kita patuhi.Kadang-kadang kita memilih-milihnya dan melakukannya untuk keuntungan diri sendiri sahaja(ramai yang membicarakan poligami sebagai sunnah rasulullah, tapi meninggalkan sunnah-sunnah utama baginda yang lebih penting lagi.UTAMAKAN YANG PERTAMA). :)
Salam... Insyaallah satu perkongsian buat renungan bersama...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta... dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Hargailah apa yang hadir... sekarang.. wallahua'lam.. (www.zunnur07.blogspot.com)
pernah atau tidak bapa kamu membeli sebuah kereta, lalu menghidupkan enjin kereta tersebut dari hari mula kereta itu d beli.. hingga kereta itu mati sendiri
tanpa pernah d matikan enjin nya..
hari ini saya ingin membawakan kan pada kamu fakta enjin kehidupan.. enjin diri kamu dan enjin diri saya
sama2 kita menilai penciptaan jantung ini, otot yang tidak pernah berhenti bergerak selama mungkin 60 tahun, 70 tahun atau lebih 800 tahun (umat nabi nuh dan nabi2 sebelum) JANTUNG...
mungkin saya bukan lah orang yang tepat untuk membincangkan akan hal ini
tapi saya akan sekadar terangkan featuring umum dan mengikut apa yang saya baru pelajari
d sebelah atas ini adalah electrical system of heart, ataupun masa kita belajar d sekolah dulu adalah nodus2 (perentak jantung semulajadi) dan dibantu oleh gentian Purkinje utk menebarkan arus electric ke seluruh jantung..
dlu saya pelajari, jantung kita hanya mempunyai 2 perentak
rupa2 rupanya jantung kita mempunyai 3 sistem perentak yang akan berterusan memastikan jantung bedenyut hingga ke akhirnya..
wah..!
perentak utama sepertimana umum tahu, sino-atrial node.. yang akan mengepam jantung pada kadar normal 70-80 bpm (beat per minute) akan mempengaruhi denyutan jantung seluruhnya, termasuklah memulakan ransangan pada perentak2 yang lain
andaikata perentak ini musnah, malfunction (x berfungsi atau berhenti berfungsi), atrio-ventricular node akan berfungsi menggantikan fungsi SA Node tadi
apa yang kita belajar d sekolah dlu, atrio-ventricular node memerlukan sino-antrial node utk berfungsi... betul?
sekarang tidak lagi..
AV Node bole berfungsi dengan sendiri apabila SA Node gagal iaitu dengan kadar denyutan 40-50 bpm
andaikata AV Node juga gagal... the last gamble, "ventricular special pathway" atau d kenali sebagai perentak Dormant (Dormant pacemaker), iaitu perentak yang d wujudkan oleh gentian purkinje itu sendiri. hanya d aktifkan bila completely heart block, biasanya akan berlaku bila coronary thrombosis (jika tidak silap, darah beku dalam salur darah yang supply darah ke jantung) back up terakhir ni akan mengepam darah pada kadar 20 bpm
perghh.. berpeluh-peluh nak tulis, dahsyat! kita sebenarnya sedang menyaksikan kejuruteraan paling dahsyat d dunia iaitu manusia
ini baru kisah seketul daging yang tidak pernah berhenti berdenyut belum lagi membicarakan tentang otak atau sebagainya
pengunjung sakalian,
tidak pernah pula kita memikirkan utk mendenyutkannya, hatta menyediakan back-up sesempurna ini
kita tidak membelinya, tidak pula menyewanya ALLAH memberi sebelum kita meminta sebab itulah kasih sayang ALLAH melebihi kasih sayang manusia, walau macam mana baik manusia itu telah berbuat pada kita walaupun manusia itu membelikan kita coklat berpeket-peket memberikan kita teddy bear sebesar orang sewaktu hari jadi kita ataupun memberikan kita keseronokan kepada kita setiap hari, setiap minit
sedang ALLAH setiap masa mengturkan kejadian kita, menguruskan apa yang kita makan, menguruskan najis dan sisa buangan, memberikan kita kekuatan, menjadikan mata yang mampu melihat
lalu kita humban rasa terima kasih kita dalam longkang
saat bersendirian menonton laman web lucah, di saat kita tidur pagi tanpa memberi ruang utk ALLAH, sedang utk bola sepak kita pertaruhkan tidur kita...
apakah kita menganggap ALLAH sentiasa mengemis kasih dan perhatian dari kita dengan melakukan segala-galanya utk kita.. lalu terus menerus berkhidmat pada manusia...
apa yang kita sediakan, hanya sisa2 masa seharian yang kita punyai.. ataupun bilamana sahaja kita dalam kesusahan..
Petang itu, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa. Kami sekeluarga tenang menghadap teh masing – masing sambil melayan fikiran sendiri.
“Ayah… boleh tak kalau Along nak tengok bola di stadium malam ni?” soal abang sulung ku memecahkan keheningan kami.
“Em… Alongkan dah nak PMR tak lama lagi, kalau nak tengok juga, tonton dalam televisyen je, ayah tak suka anak ayah keluar malam!” tegas ayah.
“Ala… kali ni je. Ibu… ayah… boleh la…” rayu Along.
“Keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan,” jawab ayah sebelum berlalu meninggalkan kami.
Aku memandang ibu dan tersenyum melihat keletah Along dan ayah.
Sebelum masuk tidur, Along mengingatkan aku untuk mengejutkannya pukul 3.00 pagi, katanya dia teringin melihat pemain bola sepak yang diminatinya beraksi di atas padang.
“Tengoklah…” jawabu acuh tak acuh sebelum masuk ke bilik.
Pagi itu aku menemani Along menunaikan menyaksikan perlawanan bola sepak Manchester vs Chelsea. Ada sesuatu yang menarik perhatianku pada perlawanan itu. Lalu kuperhatikan gelanggangnya, pemain - pemainnya, bolanya, jersinya dan gaya permainannya. ‘Apa yang menarik ye ?’
“Sejak bila pemain – pemain ni pakai seluar panjang, bukan ke mereka biasa pakai seluar pendek je?” soalan Along memangkas lamunanku.
“O… itulah perkara yang menarik perhatian adik tadi. Bagus la tu, Along. Menutup auratkan adalah wajib di sisi Allah. Sehebat mana pun kita beraksi, kita akan menang hanya dengan pertolongan dan izin Allah,” Jawabku.
“Corak permainan mereka pun nampak lebih mantap daripada sebelum ini,” ulas Along.
“Along, adik lapar la. Adik cari makanan dalam peti ais dulu ye,” ujarku sambil berlalu pergi.
“Adik ! Adik !” jeritan Along membuatkanku bergegas mendapatkannya.
“Ye…kenapa?” soalku tercungap – cungap kepenatan. Boleh lemah jantung dibuatnya.
“Tengok tu, mereka solat ramai – ramai atas padang. Kagumnya …” terang Along dengan rasa takjub.
“Ayah!! Ibu !!!” kini giliran aku pula yang terjerit – jerit memanggil ayah dan ibu.
“Adik… adik…adik mengigau ye,” ibu menepuk – nepuk bahuku.
“Ya, adik mimpi apa ye?” soal ibu memancing minatku.
“Adik mimpi orang main bola sepak pakai seluar panjang, pastu mereka semua solat atas padang, bu,” terangku bersungguh – sungguh.
Ibu memandang tepat pada jam swiss yang berada di tangannya. “Ok, sekarang dah pukul 5.15 pagi, apa kata adik bangun, solat tahajud dan doakan apa yang adik mimpikan menjadi kenyataan, subuh nanti kita jemaah sama – sama kat bilik solat ye, sayang,” cadang ibu lembut.
“Baik,” ujarku lalu terus berlalu ke bilik air untuk berwuduk.
Solat kali ini kurasakan kekhusyukan yang tidak terungkap dengan kata – kata. Saat tangan kuangkat, lalu lisanku berdoa, “Ya Allah, sampaikanlah salamku buat Rasulullah saw, ahlil baitnya serta sahabat – sahabat baginda. Aku memohon ampun padaMu Ya Allah, atas segala dosa - dosaku, kedua ibubapaku, guru – guru, ahli keluargaku dan muslimin serta muslimat di seluruh dunia. Kurniakanlah kami dengan hidayahmu, agar mimpiku hari ini akan menjadi kenyataan esoknya. Amin.” Tanpaku sedar ada sungai jernih yang mengalir di pipiku.
Azan subuh menggamit kami sekeluarga ke ruang solat. Suara ayah mengangkat takbir memecah keheningan pagi dan kami terus khusyuk dalam bacaan kalamNya. Alangkah indahnya hidup ini andai hidup berpaksikan ajaranNya.
"Itu saya faham, doktor. Kerja doktor memang susah. Isteri saya pun doktor juga. Saya tahu kesusahan dia. Tapi...". Belum pun sempat saya menghabiskan ayat itu, doktor tadi menyambung lagi herdikannya kepada saya.
"Hah, baguslah kalau begitu. Tahu pun. Habis tu kenapa awak tak boleh duduk diam di luar tu. Kerja doktor ni bukannya kerja bank, faham???", tegasnya dengan bahasa dan muka yang angkuh.
Saya sudah hilang sabar.
"Hey, you listen to me. Yes, me and my mom are not doctors, neither nurses and not even medical students. But that does not make me and my mom stupid like some kind of a kampung stuff. Awak tu doktor, berurusan dengan manusia. Bukannya pegawai bank. Kalau kerja bank tak apa. Awak nak biadap ke, nak kurang ajar ke, urusan awak adalah dengan mesin duit dan kertas. Tapi awak doktor. Awak berurusan dengan manusia. Emak saya tu manusia, bukannya tunggul..."
"Saya cuma nak tahu, apa yang berlaku? Emak saya sudah lebih 4 jam menunggu di luar sana. At least hantarlah seorang nurse untuk beritahu kami kalau awak ada emergency. Kami bukannya bangang sangat sampai tak boleh faham explaination nurse awak!", muka saya sudah merah padam.
Doktor tersebut seperti agak terkejut. Mungkin jarang-jarang sekali dia diherdik. Maklum sahaja, sudah jadi doktor pakar. Tahu serba serbi. Hingga rasa orang lain semua di bawah hidungnya.
Saya berasa sedikit menyesal kerana itu bukan sikap biasa saya. Tetapi apabila doktor tersebut menghina saya begitu sekali, saya kira mempertahankan maruah diri adalah bukan perkara kecil.
10 minit selepas itu, emak dibawa masuk ke bilik rawatan. Selepas lebih 4 jam menunggu, prosedur yang dinanti-nanti memakan masa 10 minit sahaja dan emak keluar dengan wajah yang terpinga- pinga.
"Kenapa emak?", saya bertanya.
"Entahlah, doktor tu kata dia nak tukar kerja di bank pula selepas ni", jawab emak.
Saya hanya tersenyum sendirian. Kelucuan statement doktor itu kepada emak saya masih belum dapat meredakan kemarahan saya terhadap peristiwa hari tu.
Banyak lagi peristiwa yang berlaku selama 6 minggu emak berada di hospital tersebut. Saya berpesan kepada isteri saya, "kalau sayang tidak boleh menjadi doktor yang pakar dalam klinikal, saya tidak bersedih, tetapi peliharalah budi bahasa semasa berurusan dengan pesakit ketika di hospital nanti. Kerja ini ibadah."
Saya cuba membayangkan, seandainya isteri saya bukan doktor, seandainya kawan-kawan saya bukan doktor, bagaimanakah nasib emak saya? Bagaimana nasib ribuan malah jutaan anggota masyarakat yang tidak mengenali sebarang doktor dalam hidup mereka?
Syukur, Jumaat baru-baru ini saya berpeluang untuk menyampaikan kuliah motivasi kepada kakitangan wad kecemasan di Hospital UKM termasuklah isteri saya. Peluang ini akan saya gunakan untuk berkongsi pandangan tentang permasalahan yang membelenggu kita semua iaitu MASALAH SIKAP!
PENGAJARAN
Semasa kuliah motivasi tersebut, saya diajukan dengan satu soalan yang menarik.
Mengapakah masyarakat Barat yang rata-rata tidak bertuhan, mempunyai etika kerja yang baik? Mereka berhemah dengan pesakit, mereka bersikap profesional di dalam kerjaya. Sedangkan kita di Malaysia tidak begitu. Walhal kita beragama Islam. Maka jika begitu keadaannya, mengapa perlu untuk kita kembali kepada Islam untuk meningkatkan prestasi kerja?
Soalan ini penting untuk dijawab secara jujur oleh kita semua. Untuk cemerlang di dalam pekerjaan, sesiapa sahaja yang mengkaji akan bersetuju bahawa kuncinya ialah pada SIKAP. Kita mesti membina PR, skill interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain etika kerja yang positif. Masyarakat Barat telah menyedari akan hal ini lantas mereka memupuknya secara terpeinci. Jika di Amerika Syarikat, pendekatan 7 Habits oleh Covey, diajar di peringkat sekolah. Mereka diajar supaya profesional dalam pekerjaan. Akhirnya mereka boleh menjadi seorang doktor yang cemerlang di hospital, tetapi bukanlah suami atau isteri yang baik di rumah. Dia boleh mengendalikan sebuah syarikat yang mempunyai 500 pekerja tetapi gagal menguruskan seorang isteri dan dua anak di rumah. Seorang pramugari boleh memberikan senyuman yang paling manis kepada penumpang sebuah kapal terbang, tetapi mungkin masam mencuka setiap kali pulang kepada keluarga. Maka akhirnya, jika dinilai pada kualiti kerja, mereka berjaya walaupun tanpa AGAMA.
Akan tetapi bagaimana dengan kita umat Islam? Kita mengambil agama hanya sebagai ritual dan bersangkutan dengan hukum hakam semata-mata. Kita tidak lihat agama sebagai pembentuk sikap. Seumpama seorang yang belajar hadith, sibuk menghabiskan masa menentukan kesahihan hadith tetapi tidak memikirkan bagaimana caranya isi hadith tersebut patut diamalkan. Kita belajar tentang Solat dari segi syarat sah, wajib dan sunatnya, tetapi kita tidak peduli tentang bagaimana Solat boleh membentuk sikap positif dalam kehidupan. Apabila bercakap tentang akhlak, kita fokus kepada faedah ikhlas, sabar dan tawakal tetapi kita tidak perhaluskan teknik menanam keikhlasan, kesabaran dan tawakal itu. Agama kita menjadi pengetahuan semata-mata, pengetahuan yang memberiTAHU. Bagaimana dengan soal MAHU? Apatah lagi MAMPU? Maka akhirnya, kita mahir tentang hukum hakam tetapi akhlak kita buruk. Apabila saya sebut akhlak buruk, saya tidak merujuk kepada perbuatan mengumpat, mengkhianati majikan, curi tulang atau gangguan seksual di tempat kerja semata-mata. Malah akhlak yang buruk itu ialah pada kegagalan interpersonal skill kita, kecelaan budi bahasa, perbuatan memandang rendah orang lain, buat kerja sambil lewa dan sebagainya.
Akhirnya kita celik HUKUM tetapi buta SIKAP.
Masyarakat Barat tak peduli hukum. Walaupun mereka boleh cemerlang di dalam kerja, tetapi kehidupan mereka binasa oleh arak dan zina. Kecerdikan mereka hilang dan berubah menjadi binatang apabila alkohol dijamah. Mereka sudah tidak pedulikan dosa pahala, lantas gereja menjadikan dosa sebagai bisnes melalui pengampunan dosa yang ditawarkan. Saya rasa kita boleh bersetuju yang masyarakat Barat hari ini sedang duduk di dalam sebuah rumah yang dimakan anai-anai pada tiang-tiang serinya. Institusi keluarga musnah, 2004 melihat lebih 50% anak yang lahir di Britain, tanpa bapa. Mereka lebih selesa bersekedudukan tanpa perkahwinan kerana mendapat faedah potongan cukai dan lain-lain yang tetap sama dengan pasangan yang berkahwin. Walhal, jika bergaduh, proses cerai adalah amat sukar dan menelan belanja ribuan Pound.
Tetapi saya bimbang dengan trend terkini masyarakat kita, iaitu: HUKUM PUN TAK TENTU HALA, SIKAP PUN ENTAH APA-APA!
"Emak awak mesti menjalani pembedahan craniectomy!", itulah kata doktor pakar tempat saya merujuk kes emak.
Nama craniectomy itu sudah cukup menggerunkan saya. Tempurung kepala emak saya akan ditebuk untuk merawat bahagian yang sakit. Selepas itu tulang yang telah ditanggalkan itu tidak akan dipasang semula. Bahkan bahagian yang berlubang itu hanya akan ditutup dengan kulit kepala semata-mata.
Aduh, tak terbayang hendak melihat emak derita. Saya termenung.
Semuanya bermula sejurus selepas kepulangan saya ke Malaysia. Semasa itu emak saya mengadu yang dia sering mengalami sakit kepala yang teruk. Kadang-kadang sampai menggigil dan berpeluh. Katanya, bilik tidur kadang-kadang seperti berpusing dan emak selalu rebah.
Abang-abang sudah berusaha membawa emak ke klinik. Selalunya, doktor di klinik akan memberikan emak saya tiga jenis ubat iaitu ubat penahan sakit, ubat angin dan ubat jalan darah. Maklumat- maklumat itu sungguh tidak membantu. Saya pergi ke klinik yang selalu emak kunjung untuk bertanya tentang jenis ubat yang diberikan selama ini kepada emak saya tetapi doktor terbabit enggan memberitahu. Saya melihat, motifnya ialah supaya saya tidak ke farmasi untuk membeli sendiri ubat tersebut.
Inilah bahananya apabila sistem di Malaysia membenarkan doktor merawat dan membuat diagnosis di klinik serta menjual sendiri ubat sedangkan farmasi adalah disiplin ilmu yang berlainan. Malah di sana akan berlaku pelbagai conflict of interest kerana doktor sepatutnya memberi ubat yang paling berkesan dan murah, dan bukannya yang menjanjikan komisen dari syarikat pengeluar ubat terbabit.
Geram sungguh saya dengan respond klinik tersebut. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa emak ke sebuah hospital pakar swasta. Di situ, emak saya dirujuk ke klinik ENT (Ear, Nose and Throat). Pelbagai ujian beserta CT Scan dan MRI diadakan. Wang sudah keluar beribu ringgit dan akhirnya kami tiba ke suatu konklusi iaitu emak saya mengalami sejenis penyakit yang disebut sebagai chronic suppurative otitis media (CSOM) iaitu jangkitan bakteria yang kronik di telinga tengah. Ia telah menyebabkan struktur telinga emak rosak, di samping lapisan tempurung kepala yang turut terjejas. Jangkitan juga telah merebak ke pelbagai struktur nerve dan ia telah menyebabkan lidah emak menjadi agak senget. Apa yang pasti, telinga kanan emak sudah tidak boleh mendengar lagi.
Saya berasa sangat sedih. Kes emak telah dirujuk ke bahagian neurology dan akhirnya doktor pakar terbabit telah mencadangkan agar emak saya menjalani pembedahan kepala yang disebut sebagai craniectomy dengan belanja RM9 ribu.
Oleh kerana emak sudah tidak berdaya menanggung sakit, beliau dengan berat hati menyatakan persetujuannya untuk menjalani pembedahan tersebut. Akan tetapi, saya bertekad untuk mendapatkan pandangan kedua di dalam hal ini. Syukur Alhamdulillah, isteri saya seorang doktor dan kami pula hidup bertahun-tahun di dalam masyarakat perubatan di Ireland. Ramai kawan yang kini sudah menjadi doktor pakar dan mereka memberikan pelbagai pendapat.
Melalui beberapa orang rakan, saya membawa emak ke sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur. Emak dirujuk ke bahagian ENT. Namun, hasil bacaan mereka kepada imej CT Scan dan MRI, mereka menjadi keliru. Tambahan pula emak saya tidak demam dan tidak berasa sakit, kecuali ketika diserang pening kepala tersebut sahaja. Akhirnya doktor pakar dari pelbagai jabatan berkumpul dan mengadakan mesyuarat.
Mereka sampai kepada keputusan bahawa emak saya tidak perlu menjalani pembedahan craniectomy yang berisiko tinggi itu. Cukup sekadar rawatan intensif antibiotic infusion (drip) selama kira-kira 6 minggu. Emak saya perlu menerima antibiotik CIPROBAY® (ciprofloxacin) selama sekurang-kurangnya 6 minggu. Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut dapat dielakkan.
Maka pada bulan Ramadhan itu, yang merupakan Ramadhan pertama saya di Malaysia selepas 11 tahun merantau di luar negara, saya berulang Ipoh ke KL hampir tiga kali seminggu. Ketika itu isteri saya pula baru sahaja melahirkan anak kami yang kedua dan saya sentiasa berada di dalam keadaan tersepit antara isteri dan anak-anak di Ipoh dengan emak yang sedang terlantar di hospital berkenaan di KL.
Sepanjang berada di hospital tersebut, pelbagai insiden berlaku. Saya diberitahu oleh pihak hospital bahawa emak saya perlu menjalani Gallium Scan iaitu prosedur imbasan yang dilakukan dengan cara memasuk sejenis bahan radioaktif Gallium ke dalam tubuh emak saya. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap keberkesanan antibiotik tersebut. Namun, stok Gallium di Jabatan Perubatan Nuklear sudah habis dan ia perlu dipesan dari England. Emak dikehendaki membayar pesanan tersebut yang mencecah hampir RM2000.
Abang saya cuba bertanya kepada jururawat tentang Gallium Scan tersebut. Sekadar ingin mengetahui komplikasinya. Tetapi jururawat telah membalas soalan abang saya dengan sindiran yang cukup menyinggung perasaan. Ketika doktor membuat ward round, jururawat terbabit berkata, "hah, inilah dia orangnya doktor. Tanya ini, tanya itu. Doktor cubalah terangkan kepada dia." Biadap sungguh jururawat tersebut yang memuncungkan bibirnya sambil jari menunding ke arah muka abang saya.
Saya juga berasa amat terkilan kerana beberapa pagi dalam seminggu, doktor pakar runding (consultant) akan datang ke katil emak saya bersama pelajar-pelajarnya. Mereka bercakap di dalam Bahasa Inggeris sehingga meresahkan ibu saya. Good Morning tiada, salam jauh sekali. Tiba-tiba sahaja consultant tersebut berkata, "makcik, jelirkan lidah!". Pelajar-pelajar tersebut akan membelek-belek lidah emak saya sambil mendengar penjelasan doktor.
Saya tidak dapat membayangkan betapa hinanya emak saya diperlakukan sedemikan rupa. Setaraf tikus putih di makmal sahaja gayanya. Semasa saya dirawat di hospital di Ireland, setiap kali doktor atau jururawat datang ke katil saya, mulut mereka begitu manis dan ringan untuk mengucapkan kata-kata yang mempamerkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Apalah salahnya jika diminta izin terlebih dahulu dan selepas pemeriksaan selesai, ucapkan terima kasih kepada emak saya kerana mahu bekerjsama.
Memanglah emak saya hanya orang kampung, tetapi ia bukan alasan untuk doktor tersebut berlaku biadap. Apatah lagi di hadapan pelajarnya. Secara tidak langsung dia mengajar etika negatif itu kepada anak-anak muridnya dan tunggu sahaja 10 tahun dari sekarang, pelajar tersebut akan meneruskan tradisi buruk itu selepas bergelar doktor.
Tidak cukup dengan itu, tragedi bersiri terhadap sikap petugas hospital kepada emak berlarutan di Jabatan Radiologi. Oleh kerana tangan emak saya sudah bengkak-bengkak dan tidak lagi mampu menerima antibiotic infusion (drip), maka emak saya dikehendaki menjalani suatu prosedur ringkas angioplasty untuk menanam satu tiub di dalam lengan emak saya. Tiub ini akan digunakan untuk memasukkan antibiotik kerana emak saya akan menjalani rawatan tersebut untuk tempoh 3 minggu lagi.
Saya bergegas datang dari Ipoh sebelum subuh lagi, kerana emak saya dijadualkan untuk menjalani rawatan tersebut pada jam 8:30 pagi. Setibanya di hospital, saya menyorong emak ke Jabatan Radiologi dan kami menunggu giliran di kerusi yang disediakan. Saya menjenguk senarai nama pesakit di bilik rawatan tersebut. Nampaknya hanya ada tiga orang pesakit yang akan menjalani prosedur angioplasty dan emak saya di giliran yang kedua.
09:30...
10:30...
11:30...
Wah, selepas tiga jam menunggu, tiada sebarang khabar berita. Emak saya sudah mula pening kerana keletihan duduk di atas kerusi roda. Saya mula panas hati dan menjenguk ke kaunter.
"Assalamualaikum nurse. Emak saya dah berada di sini sejak jam 8:15 pagi dan sekarang sudah hampir 12 tengah hari. Apa yang berlaku?", saya cuba mendapatkan penjelasan.
"Encik duduk dulu, nanti saya periksa apa yang berlaku", jawab jururawat tersebut.
Selepas 15 minit, tiada sebarang respond yang saya terima. Emak sudah agak lesu dan seperti mahu rebah. Tambahan pula dengan cuaca yang agak panas ketika itu.
Akhirnya saya pergi ke pintu masuk bilik pentadbiran jabatan dan mengintai-intai kalau ada sesiapa yang boleh saya ajukan soalan. Tiba-tiba seorang lelaki mengarahkan seorang jururawat menutup pintu di hadapan batang hidung saya. Hati saya sudah tengah hari, panas membakar seperti mahu merentungkan sesuatu.
Saya menahan pintu itu dari ditutup dan meminta izin untuk berjumpa dengan doktor di dalam. Alhamdulillah jururawat tersebut bersetuju membawa saya berjumpa dengan doktor tersebut. Baru sahaja saya mahu membuka mulut bertanya, saya diserang oleh doktor tersebut dengan bahasa yang kasar.
"Eh, awak ingat kerja doktor ni senang ke? Awak tak nampak ke saya tengah buat prosedur ni? Ini kes kecemasan, kalau tidak dilakukan sekarang, tangan pesakit ni mungkin terpaksa dipotong!", dia menengking saya sambil menunjukkan imej tangan seorang pesakit yang sedang berada di dalam bilik pembedahan.