
Pages
Monday, October 18, 2010
Menunggu Di Sayup Rindu

Tuesday, October 12, 2010
Besarkanlah JIWA-mu
Jadi orang yang menahan marah disebut sebagai PENYABAR..
Sabar..
Memang senang untuk diucapkan oleh kata-kata
Manis diluahkan bagi yang tidak merasai kesedihan
Lancar untuk diucapkan,'Sabar je lah, biasa la tu'
Sabar..
Di awalnya itu sangat pahit untuk dilalui
Bayangkan, dimarahi tanpa sebab yang jelas
Direndahkan oleh yang merasakan paling 'tinggi'
Tidak mudah untuk ditempuhi,
Namun diakhirnya,
Setelah kepahitan itu, Dia telah menjanjikan
bahawa pasti ada kemanisan di balik itu
"Sesungguhnya di balik kesusahan itu pasti ada kemudahan"
Sabar..
Prosesnya amat panjang,
Terkadang aku malu mengenangkan hati ini
Sering terkandas
Tidak mampu untuk merealisasikannya
Malu pada sang Rasul, ketikamana pada awal kerasulannya
Saat siksaan, pemulauan, pemboikotan dilalui..
Ditanya oleh para sahabatnya yang tercinta
"Bila akan datang pertolongan Allah, wahai Rasul tercinta?
Lantas Sang Rasul menjawab,
'Ini cuma ujian kecil bagi kita, mereka yang terdahulu
lebih parah dari ini'
Para sahabat terdiam, kelu membisu
Malu pun ada
Maka, layakkah aku untuk tidak mampu untuk bersabar
Padahal ujian bagi kesabaranku tidaklah seberapa!!!
Sabar..
Allah sering menyertakan kata-kata sabar
dalam firman-Nya dengan,
Solat......
Sabarlah kamu dengan solat, yakni sujud kepada-Nya
Sabarlah kamu dengan sentiasa tunduk akan perintahnya
Sabarlah kamu dengan selalu ingat kepada-Nya
Sabarlah kamu, kerana
Sabar itu INDAH
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)." (QS. Al-A'raf: 126)
el-ghifary
Medan,
12 Okt 2010
Monday, August 9, 2010
~~30 hari Mencari Cinta~~
Alhamdulillah, Ramadhan bakal menyusul.
Berikut adalah wajibat yang perlu dipenuhi semasa Ramadhan:
1. Quran – minimal 1 juz sehari
2. Sentiasa membawa mushaf Quran
3. Tahajjud setiap malam
4. Hafazhan juz 30
5. Solat Dhuha setiap hari
6. Solat berjemaah 5 waktu sehari semalam
7. Iftar jama’i sekurangnya sekali
8. Infaq RM 1/Rp 3000 sehari
9. Iktikaf sekurangnya 2 hari penghujung Ramadhan
10. Istighfar minimal 70x sehari
11. Membaca buku sekurangnya 2 buah( sirah nabawiyah, sejarah Islam etc)
12. Menunaikan solat tarawih penuh sebulan Ramadhan.
*Tambahan:
Setiap kali memasuki Ramadhan kita sedaya upaya untuk menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.Walaupun seringkali sibuk dengan tugas duniawi, semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk menggapai redha-Nya.
Saya mengambil kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dosa dan kesalahan.
Saling memaafkan semoga ruh kita sebening Ramadhan yg bakal tiba
Selamat beramal..
"Ya Allah, terimalah amal kami.Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
edited, artikel asal dari www.abuhumaira.blogspot.com
Thursday, July 22, 2010
Hmmmm....
Wednesday, July 14, 2010
Rijal Telah Hilang?

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus
Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak
Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal
Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya
‘RIJAL TELAH HILANG’
Sunday, June 27, 2010
IKHLAS
Friday, May 28, 2010
HUKUM DOKTOR LELAKI MENANGANI PERSALINAN
Assalamualaikum ustaz..
Keluarga isteri saya, ada yang akan melahirkan minggu ini,menurut doktor kemungkinan harus dilakukan pembedahan kerana keadaannya lemah
Pertanyaannya :
1. Bagaimana hukumnya jika diantara tenaga kesihatannya ada doktor lelaki yang ikut serta dalam proses pembedahannya?
Jawapan:
Pada dasarnya seorang wanita muslimah diharamkan menampakkan auratnya kepada lelaki asing sebagaimana dikatakan jumhur ulama bahwa seluruh tubuh wanita adalah aurat terhadap seorang lelaki asing kecuali wajah dan telapak tangan, sebagaimana firman Allah swt :
Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur : 31)
Sedangkan aurat seorang wanita muslimah terhadap wanita muslimah lainnya adalah seperti halnya aurat seorang lelaki muslim dengan lelaki muslim lainnya, yaitu di antara pusat dan kedua lutut, sebagaimana dikatakan oleh para fuqaha.
Jadi pada dasarnya seorang wanita muslimah yang hendak melahirkan tidak dibolehkan pembedahan persalinannya ditangani oleh selain doktor wanita atau bidan yang muslimah. Jika dokter wanita atau bidan muslimah tidak ada maka boleh ditangani oleh seorang doktor wanita atau bidan non muslimah. Namun jika memang mereka semua tidak ada atau ada akan tetapi tidak dapat melakukan pembedahan persalinan tersebut atau dikhuatiri akan terjadi kemudaratan terhadap wanita yang hendak melahirkan itu disebabkan ketidakmampuannya maka diperbolehkan baginya untuk dibedah oleh seorang dokter lelaki muslim yang jujur dan dapat dipercaya dan jika memang doktor lelaki muslim tidak ada baru kemudian doktor lelaki non muslim, demikianlah urutan-urutannya.
Tidak diperbolehkan berkhalwat (berdua-duaan) antara wanita tersebut dengan dokter lelaki yang ingin menangani persalinannya itu kecuali dengan kehadiran suaminya atau wanita lainnya.
sumber: www.eramuslim.com